"Ya Allah...selamatkan kami..."
Doa saya kepada semua.
Doa jika kita susah, Allah akan permudahkan.
Doa jika kita senang, Allah ingatkan kita.
Tak susah nak faham doa ini bila kita susah. Terang-terangan kita memerlukan bantuan dari Allah. Tapi ada juga orang yang tak nampak relevantnya. Betul. Bila kita susah, kita minta tolong pada orang lainlah. Ada orang tak perasan, orang yang membantu kita itu 'diberi' oleh Allah. Takdir Allah. Kuasa Allah. Sebab itu, kalau ada orang nak tolong, cepat-cepatlah katakan "Alhamdulillah...". Perbiasakan...insya-Allah, kita akan jadi orang yang bersyukur. Bukankah orang yang selalu bersyukur itu orang yang disayangi oleh Allah? Tak mahukah jadi orang yang disayangi itu? :).
Pernahkan terjadi, bila kita dalam kesusahan, tak ada orang nak hulurkan bantuan. Rasa sedih sangat. Berserabut kepala. Apa nak buat?! Kalau ditimpa masalah, sebaik-baiknya kita bertenang dahulu. Ingatlah Allah. Muhasabah diri. Kenapa susah? Kenapa tiada rezeki? Selepas tenang, barulah cari jalan penyelesaian. Solatlah, doalah. Minta petunjuk. Tapi janganlah duduk sahaja atas sejadah, tapi tak berusaha. Allah tak suka orang yang malas berusaha dan suka berserah kepada takdir semata-mata. Saya tahu, cakap senang. Saya pun manusia biasa. Tak lari dari kesalahan. Semoga nota ini membantu saya juga pada masa akan datang. Untuk titipan waktu saya susah.
Ingatlah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Adil. Kita saja yang selalu berlaku kejam kepada diri sendiri. Hidup ini memang satu ujian. Susah senang pun ujian. Kenapa senang pun saya boleh kata ujian? Berapa ramai orang yang ingat Allah pada masa senang? Sedikit... Saya ada terbaca cerita pada zaman Rasulullah...maaflah saya lupa khalifah yang mana. Tapi secara ringkasnya, khalifah ini terdengar doa seorang lelaki di depan ka'abah supaya dia menjadi golongan yang sedikit. Golongan sedikit yang dimaksudkan ialah orang-orang yang bersyukur semasa senang. Maaf jika saya tersalah cerita. Sudi-sudilah perbetulkannya. Kesimpulannya, ingatlah Allah ketika kita senang...Jangan ingat bila kita senang, tiada ujian.
Saya pun mahu menjadi orang yang sedikit. Ingat Allah semasa senang. Doakan saya juga, kawan-kawan. Salam.^^.
