Tajuk malam ni, senang. Baca je dalam nada sarcastic. Ini buat anak2 buah kesayangan. Sayang gile aku kt korg.
Aku tak marah(tipu)... Aku tension sket je. Sket je pon... sebab manusia tu xsempurna, kan? Tapi korg xperlulah nak cover kesalahan bertubi2 korg yg aku xlarat nak layan dengan kata2 pujangga-Manusia Tak Sempurna. Dan jangan sekali2 korg guna pulak ayat ni-Sedangkan Nabi Pun Maafkan Manusia. Fine...aku bukan Nabi ok. Bukan Malaikat. Yang Mulia Baik lagi Terpuji. AKU MANUSIA BIASA YANG TAK SEMPURNA dan aku cuba jadi sebaik manusia.
Cerita dia senang: Staff yang suka sangat MEMANDAI. Dengan ayat kasar, tak tahu tapi berlagak tahu. Akhir ayat dia, slalu berakhir dengan 'kot'. Ok la... At least orang camni, aku ble tau yg dia teka2/memandai/tak tahu tp berlagak tahu. Paling kronik... (ha... ni nak share...) org yg CONFIDENT TAPI SALAH . Pergh.... orang camni bahaya beb... lagi2 aku kerja kat hospital, DEALING WITH LIFE. Ko boleh dapat maklumat yang salah beb dr mulut dia ni. Seriously... BAHAYA. Thank God, kitaorg punya kerja tak berapa direct dengan patient. Well...some sort, actually kadang2 tu direct jugak. Senang kata, paling teruk pun, ko gado ngn wad la. MISS COMMUNICATION sebab pemberi maklumat tak berapa boleh pakai. Sorry eh... korg yg baca ni, tak payah nak touching2. Korg nk terasa, terasa sendiri, perbaiki diri. Aku baru kena tadi. Aku tanya simple, bila pesakit start ubat A? Dia ble ckp hari ni. Aku pelik ah...sebab klu dia start ubat tu, sepatutnye start petang... Aku kira2, macam xtelly ngn jumlah ubat yang ada. Aku tanya, tanya, tanya lagi, dia confius semalam dengan hari ni. Lepas dia kte dia nk confrimkan balik dengan wad, dia patah balik, cakap ngn aku, ada tulis kat kertas yg dia pegang tadi, pesakit start semalam. Tengkorak la... Ko ada je tulis. Pehal ko boleh takut sangat nak tengok balik ape yang ko tulis? Ko tengok aku, muka aku ada jawapan ke? Maklumat yang ko baru je salin beberapa minit, ko boleh smpaikan kat aku benda yang salah. Ko pegang kot ape yang tulis. Itu benda remeh je kan? Korg ble je cakap, "ala...chill r. xde pape benda teruk pun jd.". Tp tak ke benda senang dia jadikan susah. Letih weh nak layan...Ape perasaan ko bila ko ada staff, tapi staff xboleh pakai? Ko ada staff, tapi semua benda a AKU BUAT SORANG. Sakit jiwa dibuatnye.
Aku letih bukan sebab ape... Sebab dia dari pagi sampai ke petang buat aku menjerit. Tak pernah kot aku menjerit kat anak2 buah aku. Ko sangat di angkasa ok. Fokus-OUT! Bukan takat fokus ko out, attitude ko out jugak. Ko takut sangat nak cakap TAK TAHU/TAK INGAT. SEDANGKAN KO MEMANG TAK TAHU/KO MEMANG TAK INGAT. PASTU KO MEMANDAI. YANG AKU TAK TAHAN, BENDA AKU CAKAP SEMALAM, KO TAK INGATTTT?????!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ko jangan aku hentak kat dinding sampai berdarah,dah. Ape benda yang ko ingat? Nasib nama aku ko ingat.
Citer pasal ATTITUDE. Mintak maaf ok. Aku bukan nak burukkan sesiapa. Tapi aku rasa, benda ni KEMAHIRAN HIDUP/MORAL/NILAI MURNI/PENDIDIKAN AGAMA dan sebagainya. Senang kata, benda ni sangat tak perlu untuk aku ajar pd org yg dah 2 dekad hidup. Ko boleh fikir sendiri. Masa ko tadika pon ko dah belajar patuhi masa, betul? Kalau ko duty bersihkan kelas, ko kena datang awal ke lambat? So...kalau ko janji ngn org... dan melibatkan org2 dr kelas lain, ko rase...ko akan datang awal ke lambat? Nampak x? Nampak x? Korang pening eh... baca ayat aku yang tah pape. Ok, moral of story....kalau ko kije, dah janji pukul 7, datang la awal sikit. bukannya 5 minit lagi baru sampai. Jujurlah... sebenarnye aku tak puas hati sebab aku yang kene prepare semua barang. Dia datang sesuka hati on time. MACAM BOS. Setahu aku, aku yang bos. Korg nak kata aku berkira pun katalah. Tapi bagi aku, kalau ko ada member pon, ko dtg awal. Saje nak stand by. Mne tau barang tak cukup. Tolong member. Ini pagi buta tau dia buat hal. Siapa tak hangin? Perlu ke beb aku ajar sume ni? Tak perlu kot. Ko kalau kne tinggal, padan muka. Geram ni.
Bab fokus, aku malas nak sentuh la. Sebab memang ada certain orang xboleh goreng ikan, sambil potong sayur. Dia kena buat 1 kerja pada 1-1 masa. Tapi perkara yang aku dok citer panjang2 kat atas tu, ko boleh improve.
Ha... Lagi satu. Korang dibyr untuk bekerja ok? Ada certain ni mcm xpuas hati pulak aku xajar semua. Korang kan ada degree...oversea lagi. Aku tolong tunjuk korg mcm mne nak gune ilmu yang korg ada tu je. Aku xdibayar untuk ajar, A bahagi B jadi berapa ok. Aku just cakap, nk dpt jwpn ni, kena kira. Kalau korg lupa tambah-tolak semua, itu tanggungjwb korg. Kalau aku dulu mse mle2 kerja, segan kot kalau tak tahu. Memang buka buku diam2 g study. Budak2 sekarang dah pandai salahkan kitaorg xajar bila dorg xpandai tamabh-tolak. Ini contoh je ok. Tapi xmustahil ada manusia yang lupa tambah-tolak. Siapa tahu,kan? Senang kata, INI TEMPAT BEKERJA,BUKAN SEKOLAH. Memang la korg akan belajar byk mse kerja. Pandai2 la tanya. Bukan harapkan kitaorg suap.
Sekarang ni, sama ada ko nak amik iktibar ke tidak je la. Aku pun insaf. Manusia ni pelbagai. Menguji kesabaran sungguh. Kita memang tak sempurna. Tapi kita boleh berusaha ke arah itu. Aku tinggi suara kat dia pun selain dari niat marah, niat aku biar dia terjaga(fokus kurang kan?). Semoga dia ingatlah apa yang aku jeritkan. Aku tengok member aku dok cakap bebaik pun cam xjalan je. Oh ye. Dia marah pun sebenarnye xjalan. Aku baru tahu lepas aku marah2 dia. Aku berusaha ni. Ko berusaha x?
Ok. End.
P/S: Bila Orang Bercakap Dengar. Fikir Dengan Rasional. Amal Apa Yang Baik.
Search This Blog
Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts
Tuesday, June 5, 2012
Saturday, March 24, 2012
When I said, “I’m busy”. I really meant it…
Saya baru setahun setengah berkerja. Selepas setahun mempelajari tugas-tugas asas sebagai seorang pegawai farmasi, saya terus diberi amanat yang besar, menjaga 2 unit di samping menggantikan rakan diunitnya ketika dia tiada. Menjadi seorang ketua…untuk 2 unit…menguruskan pekerja-pekarja…Tambah lagi dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Semuanya terlalu asing… Namun, saya akan sahut cabaran ini (mahu tidak mahu). Saya tidak mahu digelar orang yang lambat belajar. Insya-Allah… semoga Allah permudahkan urusan saya.
Tugas demi tugas demi tugas. Di kala ini, banyak sudah tugas yang mesti dilakukan. Saya percaya, tugas ini akan terus-menerus bertambah. Sehinggakan, saya merasa tiada masa untuk bernafas. Sehinggakan ada orang bertnya, mengapa saya berlari-lari? Saya hanya mengejar masa. Tanpa saya sedari, saya berlari-lari di tempat kerja. Sibuk? Sengaja menyibukkan diri. Kalau dibenarkan, saya hanya mahu berkerja pada waktu bekerja sahaja. Di rumah, saya hanya mahu berehat. Di hujung minggu, ketika saya duduk, saya tidak tenang. Mungkin ada tugas yang saya terlupa… Kadang-kala, saya geram dan cemburu melihat mereka yang duduk ketawa, tidak membuat apa-apa di tempat kerja. Namun, siapalah saya, siapalah dia. Tekanan kerja pasti berbeza. Kekurangan pengalaman kerja sedikit sebanyak membuatkan kerja saya lambat dan bertimpa-timpa. Saya percaya, ada yang lebih susah dari saya. Bagi mereka, kerja saya, apalah sangat jika dibandingkan dengan kerja mereka.
Cuma saya mahu mengatakan, jangan MENYUSAHKAN ORANG LAIN. Jika anda tolak kerja kepada orang lain, semuanya tidak akan menjadi. Saya tidak gemar orang yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak gemar orang dewasa yang tidak matang. Saya tidak gemar orang yang tidak tahu menjaga dirinya sendiri, malas, manja dan sentiasa mengharapkan orang lain. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab mereka sendiri. Jika seseorang itu meletakkan kerjanya kepada orang lain, sudah tentu kerja itu tidak terlangsai. Melainkan, kerja itu diberikan kepada mereka yang tiada kerja.
Marah, benci, kecewa…perasaan bercampur-baur. Hanya sedikit iman yang memujuk, “sabar…sabar…”. Mengalir air mata, diam, hati beristigfar…. Astagfirullah… Astagfirullah…
Alhamdulillah… menjadi seorang Islam, satu kurniaan paling berharga. Apa sahaja datang menduga, akan saya cuba tempuhi dengan tabah. Ujian ini satu petanda… Selalu saya mengingatkan diri, ada ujian yang lebih hebat dari ini menanti. Tabahlah wahai hati. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”(Al-Baqarah:284). Syukur…saya ditemukan dengan orang-orang beriman, yang mengajar kalimah-kalimah indah dari al-Quran. Benar kata seseorang, al-Quran teman karib yang sejati… Dalam sedih, kalimah-kalimah al-Quran memujuk. Dalam gembira, kalimah-kalimah al-Quran mengingatkan. Alhamdulillah… Saya hairan, mengapa manusia masih mengabaikan al-Quran? Tidakkah mereka tergerak? Terfikir? Tidak saya menolak kehadiran manusia di sekeliling saya. Mereka menyayangi saya. Di kala saya tertekan, mereka tempat saya mengadu. Ada juga menjadi tempat saya melepaskan geram(Bukan dengan cara yang kejam tau.;)). Tapi saya sedar, manusia tidak mampu memberikan komitmen 100% kepada kita SEPANJANG MASA. Sedangkan Ibu bapa pun terpaksa menjaga ramai orang disekeliling mereka. Pasangan, anak-anak, ibu bapa mereka, adik-beradik, sahabat handai, pekerja… Mana mungkin saya dapat mengharapkan mereka… Kejam saya jika meminta sesuatu yang tidak sepatutnya.
Pendek kata, saya sedang bertungkus-lumus menyesuaikan diri menjadi orang yang terbaik bagi memberikan yang terbaik. BERUSAHA!
P/s: Setiap manusia harus berusaha mendapatkan yang terbaik untuk diri mereka. Saya maafkan mereka yang meninggalkan saya kerana mahu mendapatkan orang yang lebih baik dari saya. “May the best win, right?”.;)
Monday, February 6, 2012
Sedih Sang Penguris...
Assalammualaikum...
Ya...sayalah Si Terguris. Dialah Sang Penguris...
Hakikatnya sekarang, saya sedih melihat Sang Penguris...menguris hati insan yang menyanyangi mereka. Entah apa yang mereka cari sebenarnya...
Pada awalnya, saya menangis kecewa. Kemudian saya marah kerana ketidakjujurannya. Selepas itu, saya marah pula Si Pengoda...Astagfirullah....saya kalah dengan hasutan syaitan...jelas sekarang, saya tidak mahu lagi kalah dengan syaitan durjana! Alhamdulillah... saya terima semuanya kerana kekurangan saya. Saya pemarah bukan? Lemah dengan hasutan syaitan...Astagfirullah...astagfirullah....astagfirullah...Benar kata Sang Penguris...semuanya ini untuk kebaikan kita.Semuanya akan bertambah baik...Alhamdulillah...syukur ya Allah...saya bebas dari zina hati...semoga terus bebas dari dosa yang paling saya takuti ini.
Sukar untuk sampai ke tahap ini...sehinggalah saya tiba-tiba ditakdirkan menjadi Si Pengoda, melahirkan Sang Penguris yang baru...Masya Allah...sungguh tak tersangka diri ini menjadi 'Si Pengoda'. Sedangkan bertegur pun payah...apatah lagi menggoda. Mungkin kerana dosa-dosa lalu yang pernah saya lakukan.Terpana saya... kasihan bidadari pencinta Sang Penguris ini... Api marah berkata, "Sang Penguris tidaklah layak mendapat cinta dari si bidadari...".
Saya kecewa. Sedetik sayalah Si Terguris(mangsa), sedetik kemudian sayalah Si Pengoda(punca). Semoga Allah terus melindungi saya... Saya berfikir, apa yang dicari Sang Penguris sebenarnya...?
Kepada Si Terguris, Sang Penguris berkata, "tiada kemanisan, dan apa yang dirancang jauh dari kenyataan."
Benar...tiada kemanisan kerana tiada ikatan yang sah. Ternyata dia tidak mahu berpura-pura, dan memberi harapan palsu. Saya hargai ketelusan yang disampaikan. Namun selepas itu, ternyata ini semua hanya omong kosong. Hakikatnya muncul Si Pengoda dalam hidupnya. Terlupa saya yang dia pernah berkata, "Lelaki memang suka cakap manis. Macam hobi.". Dia tiadalah berbeza.
Kepada Si Pengoda pula Sang Penguris II berkata, "Apabila kita dah ada(yang punya), kita memang patut menghargainya. Tetapi, kita tak boleh menerima benda yang kita tidak suka. Kerana apabila kita buat begitu, kita melatih diri untuk menjadi manusia yang berpura-pura. Berpura-pura adalah sifat yang lambat-laun akan merosakkan diri kita."
Pandai berkata-kata sedangkan keikhlasan kepada ibu bapanya pun pernah goyah... Saya yakin dia pernah berpura-pura rela membantu ibunya sedangkan rungutan pun pernah terluah. Jika benar dia orang yang bersyukur, dia akan berasa cukup dengan apa yang dia miliki...
Tidaklah saya menyangkal berpura-pura sifat munafik. Saya suka orang yang telus. Kepada Sang Penguris I, saya katakan, "jika tiada rasa sayang, terus-terang." Dan benar, perasaan tak boleh dipaksa. Tapi perasan boleh dipupuk, disemai, dibaja. Perasaan juga boleh dibuang seperti sampah. Saya pernah bertungkus-lumus menyemai rasa sayang pada orang asing. Dengan izin Allah, saya dapat menyayangi orang yang menyayangi saya. Mungkin kerana ini jugalah saya mudah melepaskannya setelah hilang rasa sayang dalam dirinya.
Lantas...apa sebenarnya yang dicari oleh Sang Penguris? Sedangkan hati mereka tidak pernah tetap. Pendiriannya berubah-ubah. Lalu menyalahkan perasaan. Sedangkan perasaan mudah dipermainkan syaitan. Hari ini suka, esok dah tak suka. Dosa menyatakan cinta jika tidak berniat untuk mendirikan rumahtangga... Lebih berdosa jika menipu dan menyeksa perasaan orang lain. Mungkin mereka tidaklah terfikir untuk menipu. Kata mereka, "sorry,I tak sengaja. I tak berniat pun..."
Sang Penguris mahukan orang yang sempurna di matanya. Sedangkan diri tidaklah sebaik mana. Mereka harapkan orang menerima mereka seadaanya, tetapi meninggalkan orang yang menyayangi mereka seadanya dengan alasan tidak mahu berpura-pura. Kepada kami segala kesalahan, kepada mereka segala kebenaran. Sang Penguris sebenarnya belum matang. Seperti kanak-kanak yang terkinja-kinja medapat permainan baru, lantas permainan lama dilemparkan, dipijak, ditendang. Kata mereka, "saya berhak mendapatkan yang terbaik!Kalau jumpa yang lebih baik, ambillah peluang". Tak mustahil mereka akan bergaduh untuk mendapatkan 'permainan' itu sesama mereka.
Semua orang berhak mendapatkan yang terbaik tapi semua orang tak layak untuk menyakiti hati orang lain. Saya juga berhak mendapat orang yang baik, dengan syarat, JADI ORANG YANG BAIK. Saya percaya dengan janji Allah, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik." Jujur...tidaklah saya yakin untuk mendapatkan yang terbaik. Sedangkan saya hanya manusia biasa. Berusaha lari dari melakukan dosa. Saya TIDAK LAYAK untuk dapat ORANG YANG TERBAIK. Tapi saya akan berusaha menjadi yang terbaik dan saya berdoa bertemu dengan orang yang baik.
Buat Sang Penguris... jadilah orang yang terbaik dahulu sebelum berhajat untuk mendapatkan orang yang baik. Sekurang-kurangnya, cuba buang gelaran Sang Penguris. Mungkin kamu rasa tidak berdosa. Tapi jika kamu tidak dimaafkan...
Atas dasar KEMANUSIAAN, SAYA MAAFKAN KAMU. Sebab bagi saya tiadalah dosa untuk menyatakan cinta jika betul niatnya. "Nak selamatkan kamu"- mungkin tuah kamu pada awalnya menyatakan hasrat sebegini. Terima kasih buat pengalaman bagaikan di syurga.

Friday, June 17, 2011
Bila 'angin taufan' datang~
Just for early reminder, apa yang aku tulis pasni memang xsesuai untuk budak2 kecik yang hatinya masih suci bersih dan orang2 yg...yeah...hati suci bersih. Direct aku cakap, aku nak mengutuk. Hati panas beb....Setan2 siap wat pertandingan sehati berdansa lagi. Suka dorg...Suka! Tapi aku nak spoil majlis tari menari dorg sket, aku xckp spe name dak tuh.
Jadi...bermulalah..!
Al-kisah tercampaknya budak lelaki ini bersama teman wanitanya (yang mereka berhempas pulas menafikan relationship dorg sedangkan aku tiap2 hari nampak dorg balik sama2) kat tempat aku. Awal2 kenal ingat best la ada member laki melayu. Ingatkan boleh jd member...tetapi sekarang, "ko jgn join kitaorg,k" n "aku xmau join korg.hidup aku hanya aku dan isteriku". Masa mula2 masuk, masa dorg xkawin lagi, masa dorg nafikan relationship dorg, lelaki ni memang macam "biasalah" melawat si perempuan ini. Ok, kalau korg kata aku skodeng dorg tiap2 hari, korg salah. Memang rumah dorg bawah rumah aku, dan kerana itu aku terpaksa menahankan diri dari melihat aksi2 manja dan romantik(nak muntah). Ok, korg mesti ingat aku jeles n aku ada hati kat budak ni. Korg salah lagi sebab memang laki ni bukan taste aku. Dari fizikal ke perangai, memang xsuka. Fine, dia lemah lembut, tapi aku xlarat ok laki lemah lembut tapi tah pape perangainya.
Ada 1 hari aku cakap, "pergh...rasa nak mencarut.." sebab aku geram gile ngan komputer. Dia kata, "ish!!ko kan pompuan,xbaik mencarut." SOOO???? BUDAK LAKI BOLEH LA MENCARUT???? DAN AKU XMENCARUT LAGI POOOONNN~~~!!! MAKIN NAK MENCARUT NGN KO BOLEH??? NO HELPING!!! Tapi cam biasalah, aku ckp dalam hati saje...Ko baik sangat la kan, mencarut pun xboleh. Tapi bab menipu, lari dari kerja, lari dari komitment kerja, ko lah no.1. Pastu tanya "nak buat apa?" kat tempat kerja? HELLOOOO!!!!!KERJA BANYAK OK. KO DUDUK JAGA KEDAI, LAYAN ORANG2 DATANG, LAYAN SOALAN2 CEPU EMAS PUN DAH CUKUP BAGUS. KO XPAYAH NAK BUAT2 RAJIN DOK BELAKANG WAT KERJA REMEH TEMEH. GI WAT KERJA KO. Org lain yg rasa xde kerja pun membusykan diri mencari kerja. Ko boleh kata ko xde kerja. Of course la, ko sharp pukul 5-BLAH TERUS. Xpernah pun nak tawar2 diri, or tny2 siapa punya turn nk tutup kedai. Kepala ko......!!!
Lagi best tadi dia ckp, "Hidup kena bijak, nanti kena pijak". Bajet best la pegangan ko tu? Sedap je aku balas balik, "Tapi xperlulah menipu kan?". Tp mamat ni macam 'whatever' sket. Aku xrasa dia bother pun dengan kata2 aku td. Pekak ke ape aku pun xtau. Dia ni kan, mengelat gila korg tau...! Kerja nak yang paling senang, paling bersih2 punya kerja. Sorry la,saya SANGAT BERKIRA. Sorry la, kalau ada pape important memang aku rasa budak lain lagi boleh diharap. Yang ko ni tah macam2 bunyik ada. Patu dah asyik mengelat, pastu kata xtau nak buat, pastu buat benda2 yg senang pun salah, ko igt org nk percaya kat ko??? Tapi ko cam biasalah, ko peduli ape kan? Yang penting ko ngn isteri ko bahagia~~ Pantang ko busy sket, semua benda ko tolak kat org lain. Pastu mulalah meracau kata xde kerja. Rasa nak sepak laju2.
Aku dah berbuih mulut citer itu ini kat member2. Tiap2 hari aku membebel. Memang xlarat bila tiap2 hari ko kerja ngn dia, tiap2 hari dia buat perangai. Hari ni dia mcm ni, esok dia mcm tu. Memang kalau mengumpat ngn member, takkan habis. Infiniti! Aku dah penat nak cerita kat member. Tambah dosa. Tulis kat sini at least aku xde bgtau nama dia. Kalau korg dpt teka tu, maksudnya korg pun rasa yang aku rasa. We are in the same boat.
Member2 kat department sume dah cop aku ni GARANG. Ooooiiiiii~~~!!!! Orang mcm tu aku bukan suka-suki nak garang ok. Aku rasa macam nak belasah pun ada. Memang jumpa dia dah xdpt nk tengok muka. Menyampah. Geram. Alergik!!!! Aku bgtau kat member2 aku, muka dia dah kena PANGKAH-X beso2. Korg sebut la psl dia, gerenti aku benggang.
Kesimpulannya, AKU ALERGIK KO. GI MEN JEJAUH!
Sekian~
Subscribe to:
Posts (Atom)