Saya baru setahun setengah berkerja. Selepas setahun mempelajari tugas-tugas asas sebagai seorang pegawai farmasi, saya terus diberi amanat yang besar, menjaga 2 unit di samping menggantikan rakan diunitnya ketika dia tiada. Menjadi seorang ketua…untuk 2 unit…menguruskan pekerja-pekarja…Tambah lagi dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Semuanya terlalu asing… Namun, saya akan sahut cabaran ini (mahu tidak mahu). Saya tidak mahu digelar orang yang lambat belajar. Insya-Allah… semoga Allah permudahkan urusan saya.
Tugas demi tugas demi tugas. Di kala ini, banyak sudah tugas yang mesti dilakukan. Saya percaya, tugas ini akan terus-menerus bertambah. Sehinggakan, saya merasa tiada masa untuk bernafas. Sehinggakan ada orang bertnya, mengapa saya berlari-lari? Saya hanya mengejar masa. Tanpa saya sedari, saya berlari-lari di tempat kerja. Sibuk? Sengaja menyibukkan diri. Kalau dibenarkan, saya hanya mahu berkerja pada waktu bekerja sahaja. Di rumah, saya hanya mahu berehat. Di hujung minggu, ketika saya duduk, saya tidak tenang. Mungkin ada tugas yang saya terlupa… Kadang-kala, saya geram dan cemburu melihat mereka yang duduk ketawa, tidak membuat apa-apa di tempat kerja. Namun, siapalah saya, siapalah dia. Tekanan kerja pasti berbeza. Kekurangan pengalaman kerja sedikit sebanyak membuatkan kerja saya lambat dan bertimpa-timpa. Saya percaya, ada yang lebih susah dari saya. Bagi mereka, kerja saya, apalah sangat jika dibandingkan dengan kerja mereka.
Cuma saya mahu mengatakan, jangan MENYUSAHKAN ORANG LAIN. Jika anda tolak kerja kepada orang lain, semuanya tidak akan menjadi. Saya tidak gemar orang yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak gemar orang dewasa yang tidak matang. Saya tidak gemar orang yang tidak tahu menjaga dirinya sendiri, malas, manja dan sentiasa mengharapkan orang lain. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab mereka sendiri. Jika seseorang itu meletakkan kerjanya kepada orang lain, sudah tentu kerja itu tidak terlangsai. Melainkan, kerja itu diberikan kepada mereka yang tiada kerja.
Marah, benci, kecewa…perasaan bercampur-baur. Hanya sedikit iman yang memujuk, “sabar…sabar…”. Mengalir air mata, diam, hati beristigfar…. Astagfirullah… Astagfirullah…
Alhamdulillah… menjadi seorang Islam, satu kurniaan paling berharga. Apa sahaja datang menduga, akan saya cuba tempuhi dengan tabah. Ujian ini satu petanda… Selalu saya mengingatkan diri, ada ujian yang lebih hebat dari ini menanti. Tabahlah wahai hati. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”(Al-Baqarah:284). Syukur…saya ditemukan dengan orang-orang beriman, yang mengajar kalimah-kalimah indah dari al-Quran. Benar kata seseorang, al-Quran teman karib yang sejati… Dalam sedih, kalimah-kalimah al-Quran memujuk. Dalam gembira, kalimah-kalimah al-Quran mengingatkan. Alhamdulillah… Saya hairan, mengapa manusia masih mengabaikan al-Quran? Tidakkah mereka tergerak? Terfikir? Tidak saya menolak kehadiran manusia di sekeliling saya. Mereka menyayangi saya. Di kala saya tertekan, mereka tempat saya mengadu. Ada juga menjadi tempat saya melepaskan geram(Bukan dengan cara yang kejam tau.;)). Tapi saya sedar, manusia tidak mampu memberikan komitmen 100% kepada kita SEPANJANG MASA. Sedangkan Ibu bapa pun terpaksa menjaga ramai orang disekeliling mereka. Pasangan, anak-anak, ibu bapa mereka, adik-beradik, sahabat handai, pekerja… Mana mungkin saya dapat mengharapkan mereka… Kejam saya jika meminta sesuatu yang tidak sepatutnya.
Pendek kata, saya sedang bertungkus-lumus menyesuaikan diri menjadi orang yang terbaik bagi memberikan yang terbaik. BERUSAHA!
P/s: Setiap manusia harus berusaha mendapatkan yang terbaik untuk diri mereka. Saya maafkan mereka yang meninggalkan saya kerana mahu mendapatkan orang yang lebih baik dari saya. “May the best win, right?”.;)