Search This Blog

Friday, February 25, 2011

Jatuh dan Bangun...

Jika saya jatuh, saya bangun. Jika ada orang ketawa, saya senyum. Mungkin saya cara saya jatuh terlalu buruk. Saya bukannya cantik sentiasa... Saya akan berasa malu. Tak apa...bukannya saya suka-suka nak main jatuh-jatuh...bukannya saya sengaja memalukan diri sendiri. Tapi lepas ini, saya akan ingat. Saya akan berhati-hati. Takut jatuh dengan buruk sekali lagi...Saya tak mahu memalukan diri sendiri.

Jika saya jatuh dan berdarah. Saya menangis. Saya menangis kesakitan. Tapi tak apa...lama-lama sakit itu akan hilang. Cuma ada parutnya. Mungkin dah tak cantik... Tak apa...tambah lagi satu kenangan. Kadang-kadang sakitnya datang lagi. Saya hanya dapat bersabar... "Allah...Allah...Allah..." Sakit...itu nikmat bukan? Satu perasaan yang Allah ciptakan. Cuba bayangkan manusia yang tidak tahu merasa sakit... Kasihannya dia... Mungkin tiada sakit, saya jarang ingat kepada Allah... Alhamdulillah...saya sakit. Saya ingat Allah... Allah sayangkan saya, bukan? Kalau tidak, masakan dia berikan kesakitan ini. Allah...Allah...Allah...saya rela sakit jika itu satu-satunya cara saya boleh sentiasa ingat Allah...

Jika saya jatuh ke dalam lubang yang dalam, saya minta tolong. Siapa yang akan tolong? Saya tak tahu. Saya tak nampak orang di luar. Mungkin saya perlu tunggu...tunggu pertolongan dari Allah... siapalah yang bakal menyelamatkan saya? Tapi yang lebih penting...adakah orang di luar yang mahu menyelamatkan saya? Saya tidak mahu tunggu saja...saya akan cuba panjat sendiri. Tapi manusia itu lemah, perlukan bantuan... Jika tiada siapa yang sudi, tak apa... saya ada Allah... saya reda dengan takdir Allah... Bagi saya, Allah segala-galanya...

Istimewa buat sahabat

Enforcement owh enforcement…

Assalammualaikum….

Tamat minggu pertama enforcement….aku rasa….CEPATLAH HABIS!!!!!!!!!

Sehari sebelum mula attachment, aku datang JB. Selamat 1 cover rim aku hilang dek aku bawa TERSANGAT LAJU dan lantas termasuk LUBANG YANG AMAT DALAM! Pehal ko lubang?? Merata-rata ada. Belum pape mood aku dah spoil. Sangat …..HHHIIIEEEE!!!! Geram! Tension! Salah siapa? Salah aku la!! Tak kan salah lubang tu! Tak kan salah orang yang gali lubang tu. Sememangnya kalau ada lubang kat situ hanya orang tak betul saje yang gali. Nasib baik la ada pakcik Dayah yang BAIK HATI nak tengok-tengokkan tayar aku. Siap tukarkan lagi. Hhuuuu~~~ Terima kasih sangat. Orang macam saya tak mampu nak upah bodyguard. Kena la minta tolong orang lain…

Petang pakcik Dayah tunjuk jalan ke MSC Cyberport. Bagus…baru ada orang nasihat kat aku, jalan-jalan yang bakal dilalui bukan sekadar berliku-liku, malah berlekuk-lekuk. Kalau la ada MCQ soalan BM darjah 6 la kan…dia soal “JALAN BERLIKU-LIKU” atau “JALAN BERLEKUK-LEKUK”, aku jawab dua-dua betul. Tak percaya cuba bawa kereta kat JB. No offence ok. Fakta. Sebab kat JB banyak lori lalu-lalang. Bawa barang dari import dan eksport. Memang jalan rosak la kalau gitu.

Okey! Sambung lagi… Bila petang, balik enforcement…huih…!xpernah2 aku rindu Muar, tiba-tiba aku rasa nak balik Muar! Rindu mengalahkan rindu aku dengan Batu Pahat. (Tapi still Batu Pahat tetap di hati. Tempat yang paling kucintai~Muah!). Tah mimpi ape tah. Aku tak faham.

Kerja kat enforcement seronok sebenarnya. Duduk dalam ofis, boleh pakai cantik-cantik, pakai kasut tinggi. Ha…sebut pasal pakai cantik-cantik tapi duduk ofis ni…aku pernah la kena, member tegur, “pakai cantik-cantik tapi duduk bilik.” Dia tambah ‘hekele~’ lagi kat depan ayat tu. Kurang asam sungguh. Aku jawab la, “aku pakai cantik-cantik bukan nak tunjuk-tunjuk kat orang lain pun”. Dia tak response pape pun bila aku jawab gitu…memanglah…sebab aku jawab dalam hati je. Depan dia aku bagi senyuman komersial yang aku buat tiap-tiap hari kat FKP depan pt. Sangat hipokrit ok. Tak cukup satu…hari yang sama, ada pakcik tegur. Dia tegur konon la berkalis. Saya faham pakcik. (Nota: ubah kata penganti diri pertama (ßkelas BM ke apa??!!) jadi ‘saya’ ek…sebab cam tak sedap bunyinya bila letak ‘aku’). Abah saya suka guna bahasa kias ni. Takat kiasan pakcik tu…tak menjadi pun. Dia cakap ape?? Dia borak depan aku dengan member dia, dengan suara yang lantang dia kata, “tulah orang ni kadang-kadang silap. Kat tempat kerja dia pakai cantik-cantik, tapi depan suami dia tak pakai cantik-cantik pun”. Saya fahamlah, pakcik nak menyindir saya kan? Dengan selambanya aku jawab, “pehal la pakcik ni…” sekali lagi…aku cakap dalam hati… Orang tua beb!!! Ko nak melawan cakap diaorang ke? Aku tak nak masuk neraka!!!X8. Tapi betul la…kali ni aku tak buat muka pun. Sebab aku respect pakcik ni macam aku respect abah aku. Dia cakap pun benda yang betul. So…kan? Buat apa nak berhias depan-depan orang lain? Diaorang prejudis! Diaorang tak suka! Dan aku jadi prejudis sebab mereka prejudis!(merepek…) So…sebab aku suka melawa (bila ada mood), mestilah aku pilih melawa masa jarang jumpa orang. Tak ada orang tengoklah bagus! Tak ada fitnah. Lagi, aku tau bukan dapat pahala pun kalau berhias bagai…unless suami satu pejabat la. Tapi kalau suami satu pejabat, kasi ke dia kita nak berhias lebih-lebih? Jeng-jeng! Aku belum kawin, aku tak tahu.  XD

Jauh gila aku melencong….sambung lagi…kat enforcement, kalau rasa puas duduk ofis, boleh la buat operasi. Pergi tengok-tengok stor ubat orang, kedai orang. Banyak berjalan la…tapi aku tak suka. Leceh la kena drive!! Lagipun, aku rasa aku tak suka sebab aku tak familiar dengan JB ni. Tak kenal, maka tak cinta. Mana taknya!! Belum pape cover rim aku dah terpelanting. Berangin je tiap kali ingat pasal cover rim ni…

Ape lagi? Lagi ape??? Itu saja…

Akhir kata…saya minta maaf kalau saya ada menyinggul hati sesiapa… Saya hanya melepaskan apa yang terbuku di dalam hati. Kalau saya simpan, lagi dahsyat jadinya… Seminggu lagi saya perlu tinggal di JB. Semoga Allah permudahkan perjalanan saya…Amin… 

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina meh~

Assalammualaikum...


Selamat Tahun Arnab semua~Semoga 'arnab2' bertambah comel tahun demi tahun. Ya...macam dah lama sangat tinggal blog ni, rse cam xbest pulak.. kalau upload xberjaya, confirm terus tidur pasni. hahhahahh~


Tahun Baru Cina tahun ni bermakna sangat sebab saya kerja. Kali pertama sambut 'raya' masa kerja. Aidilfitri hari tu, belum kerja lagi. Aidiladha dah kerja, tapi dapat cuti. Kali ni, TAK BOLEH CUTI. Tadi pun macam orang gila wat kerja. Saya tak gila la. Tapi kesian tengok kawan2 saya yang kena ke hulu ke hilir buat kaunselling. Semua nurse dan doktor menggelabah sebab takut tak ada orang kaunselling cuti nanti. Tapi saya kena duduk jaga 'kedai'. Saya rasa bersalah kalau tinggal kedai gitu je. Walaupun ada bos yang ganti jaga, tapi saya rasa saya sekurang-kurangnya kena ada kat situ intik mewakili kawan2 saya yang superbusy(macam Franky la pulak "SUUUPPPEEERRR CCCOOOLLLLAAA"). Senang kata, ini kali pertama cuti umum(kedua terbesar selepas Raya Aidilfitri kat Malaysia) saya kena kerja. Esok saya kena kerja 8 pagi-9.30 malam. Memang kerja gila. Sengaja satukan 2 shift jadi 1. sebab hari Jumaat saya MESTI ADA kat rumah. 'Ada orang mahu datang'. Tapi bukan sebab saya(malangnya...), tapi kakak saya. Insya-Allah, kakak tersayang sedang merancang untuk ke fasa hidup yang seterusnya. Alhamdulillah...semoga bertambah murah rezeki. Mungkin sebab ini la Tahun Baru Cina kali ini bertambah-tambah lagi meriah. Keluarga saya berkumpul. saudara saya insya-Allah bertambah ramai. Nak lagi?? Kawan saya juga akan diijabkabulkan. Saya tak pasti bila, tapi walimatulurusnya hari Sabtu ni. Haha! Mungkin saya orang yang senang bergembira dengan kegembiraan orang lain. Saya bahagia tengok orang lain bahagia. Terima kasih yang teramat kawan2 kerana sudi berkongsi kegembiraan dengan saya. Love you all lebih la!
chuuu~<3


Insya-Allah, ada peluang saya akan upload gambar.