Assalammualaikum...
Selamat Tahun Arnab semua~Semoga 'arnab2' bertambah comel tahun demi tahun. Ya...macam dah lama sangat tinggal blog ni, rse cam xbest pulak.. kalau upload xberjaya, confirm terus tidur pasni. hahhahahh~
Tahun Baru Cina tahun ni bermakna sangat sebab saya kerja. Kali pertama sambut 'raya' masa kerja. Aidilfitri hari tu, belum kerja lagi. Aidiladha dah kerja, tapi dapat cuti. Kali ni, TAK BOLEH CUTI. Tadi pun macam orang gila wat kerja. Saya tak gila la. Tapi kesian tengok kawan2 saya yang kena ke hulu ke hilir buat kaunselling. Semua nurse dan doktor menggelabah sebab takut tak ada orang kaunselling cuti nanti. Tapi saya kena duduk jaga 'kedai'. Saya rasa bersalah kalau tinggal kedai gitu je. Walaupun ada bos yang ganti jaga, tapi saya rasa saya sekurang-kurangnya kena ada kat situ intik mewakili kawan2 saya yang superbusy(macam Franky la pulak "SUUUPPPEEERRR CCCOOOLLLLAAA"). Senang kata, ini kali pertama cuti umum(kedua terbesar selepas Raya Aidilfitri kat Malaysia) saya kena kerja. Esok saya kena kerja 8 pagi-9.30 malam. Memang kerja gila. Sengaja satukan 2 shift jadi 1. sebab hari Jumaat saya MESTI ADA kat rumah. 'Ada orang mahu datang'. Tapi bukan sebab saya(malangnya...), tapi kakak saya. Insya-Allah, kakak tersayang sedang merancang untuk ke fasa hidup yang seterusnya. Alhamdulillah...semoga bertambah murah rezeki. Mungkin sebab ini la Tahun Baru Cina kali ini bertambah-tambah lagi meriah. Keluarga saya berkumpul. saudara saya insya-Allah bertambah ramai. Nak lagi?? Kawan saya juga akan diijabkabulkan. Saya tak pasti bila, tapi walimatulurusnya hari Sabtu ni. Haha! Mungkin saya orang yang senang bergembira dengan kegembiraan orang lain. Saya bahagia tengok orang lain bahagia. Terima kasih yang teramat kawan2 kerana sudi berkongsi kegembiraan dengan saya. Love you all lebih la!
chuuu~<3
Insya-Allah, ada peluang saya akan upload gambar.
No comments:
Post a Comment