Search This Blog

Sunday, April 10, 2011

Hidup dan Mati...

Kenapa saya hidup…? Kemudian dimatikan…?

Saya masih ingat lagi…semasa saya kecil,saya selalu menangis. Ada satu hari saya bersama keluarga pergi ke pasar, saya hanya menunggu di dalam van. Semasa saya berkhayal, tiba2 saya terfikir, “Apa terjadi selepas mati…?” kebuntuan…saya menangis mencari jawapan…Masya-Allah…ketika itu saya langsung tidak tahu bagaimana mahu utarakan soalan2 sebegini... “apakah hidup ini??”. Anda semua tentu tidak percaya jika saya katakana soalan2 begini bermain di minda saya ketika saya belum lagi bersekolah… Keluarga selalu menyangka saya ‘mengada-ngada’. Benar, saya anak bongsu. Bukanlah saya katakana semua tangisan saya hanya mahu menarik orang. Tetapi kadang-kala ‘perasaan’ itu datang.

Sedang saya berkhayal tentang kartun yang pernah saya saksikan, hati saya terdetik,”kan best jd kartun,tak 
mati…” Lantas saya menangis. Takut sungguh saya tentang mati. Mungkin saya takut keseorangan. Ya… ianya berlanjutan sehingga zaman awal persekolahan… Alhamdulillah…soalan sebegini tiada lagi bermain di minda… Mungkin kerana sudah tahu jawapannya… Alhamdulillah juga… Allah kurniakan minda sebegini rupa, supaya saya berusaha mencari kebenaran… Syukur ya Allah…syukur…

Saya selalu tertanya-tanya, pernahkah anda terfikirkan soalan yang sama…? Jika ‘ya’, apa yang anda lakukan? Pernah saya bertanya kepada rakan saya tentang agamanya. Saya agak terkejut… kerana dia turut tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan tentang agama yang dianutinya… Berapa Tuhannya…? Dewanya…? Katanya, “Tidak pentinglah semua itu, yang penting buat baik”. Benarkah rakan2? Setiap agama mengakui agama merekalah yang benar. Pernahkah kita mengambil inisiatif mencari, memastikan kesahihan agama itu…? Namun, ada yang berasa takut untuk mencari kebenaran… Saya tidak pasti mengapa… Adakah disebabkan dengan mencari kebenaran, anda dikira sebagai musuh agama anda anuti sekarang…? Tetapi ada juga yang takut kerana takut kepentingan duniawi hilang.

Maafkan saya jika tutur bicara ini menyakitkan hati rakan2. Saya sayangkan anda semua. Teramat sayang. Sehinggakan air mata ini gugur teringatkan kalian. Saya amat berharap rakan2 dapat berusaha mencari makna hidup ini. Apa matlamat kita? Apa janji kita kepada PENCIPTA…? Tahukan kalian? Tahukah? Carilah jawapan sementara diberi peluang. Lupakan dunia seketika… kerana hidup ini sementara.

Salam sayang, salam sejahtera.  

No comments:

Post a Comment