Search This Blog

Sunday, May 15, 2011

tangan yang cacat disakiti...:(

Salam...

Semalam, saya pergi main bowling. Rasanya sudah bertahun-tahun tak main bowling. Tapi nak menjaga hati kawan-kawan, pergilah juga. Saja hang-out dengan kawan-kawan. Lagipun, boleh juga 'test' tangan. Kawan medic kata, sakit tangan ni kekal. Dah melibatkan saraf. Nak baik, silap-silap kena operation. Nak makan ubat pun belum tentu boleh baik. Berapa lama pula nak kena makan ubat?

Dipendekkan cerita...tangan rasa kebas...Dulu kelingking je...Harap-harap tak makin teruk...Rasa taubat je nak main bowling...

Hari Khamis ni ada pemilihan main bola jaring. Saja-saja nak pergi. Tak rasa pun cukup hebat nak wakil hospital. Lagi-lagi tangan tengah sakit, rasanya macam hampeh la nak main bola jaring. Last main bola jaring masa kat sekolah menengah kot. Main masa PJK. Huhuhu! Main bola keranjang lagi seronok kot. Dapat lari sana sini. Lompat pelbagai gaya pun boleh. Tapi mana ada team bola keranjang kat sini. Adapun saya tak pernah dengar la..

Ok. End sini.

-Mood rasa down sangat...-

Tuesday, May 10, 2011

Khatam 1 case presentation.:)

Salam....

Alhamdulillah....1 presentation settle. Boleh concentrate dengan Clinical pulak lepas ni. Rasa sangatlah banyak yang perlu diulangkaji semula... Kadang-kadang rasa geram. Sebab yang dah pernah baca pun boleh lupa. Geram sangat!!!!

Tapi selesai presentation rasa ringan sikit. Sebab otak pressure kot pikir banyak-banyak benda dalam 1 masa. Sekarang ni rasa pening-pening lalat. Sebab semalam xcukup tidur. Siapkan slide show punya pasal.

Rasa takut gak tiba-tiba kena soal masa kat dalam wad esok...So...kena paksa baca jugak sikit-sikit. Moga tidak kelihatan amatlah..."ko belajar ke tidak 4 tahun ni?"

Kepada si bijak pandai...Tak perlulah kalian kerek dengan apa yang anda miliki. Sesungguhnya, itu semua milik Allah yang Maha Berkuasa. Anda yang kerek xubah seperti hamba-Nya yang dilaknat! (hambik ko!). Apa yang anda buat tidaklah membanggakan, malah memalukan.

Sekian...

Pengajaran: Jangan tertawa dengan kebodohan orang lain. Ianya sama seperti menghina mereka.

Monday, May 9, 2011

almariku roboh....T_T

salam...

balik-balik je dari hospital tadi, aku tengok almari aku dah sujud menyembah bumi...sadisnye...dah la almari kain je kot. dulu mule2 nak cantm almari ni, punyalah bersusah-payah. dah siap...dia koyak sikit. aku tarik kuat sangat, dia rabak. seriously aku xtau la almari ni punyalah fragile~~(tetiba teringatkan seseorang...XD). rodok sket je kot ngan hanger, dah berlubang. lepas tumbang ni...Masya-Allah...kalau dapat amik gambar memang aku dah amik! kesian!!!

tapi 6 bulan lagi je wey...he-ei!!! 4 bulan setengah je lagi je tinggal la..!!!hola~hola~hooo!!! so! perlu ke aku beli almari baru??? xyah! memang nak kedekut~!ngahahahha~!

Thursday, May 5, 2011

tulisan ko...besar kecik besar kecik je aku tengok der!!!!

Nak dijadikan cerita... kerja saya membaca tulisan doktor. Sudahlah segala term medical, scale dan singkatan saya tak faham  tak semua saya tahu... Memanglah berjam-jam duduk menghadap buku pesakit... Bukanlah semua doktor tulisan susah dibaca. Ada tu, tulisan alamak... terpesona. Bulat-bulat. Comel. Cuma bila baca tulisan doktor yg suka tulis calit-calit ni...hahahahaha....kesabaran yang teramatlah.... Kalau saya salah baca....salah saya la kan? Siapa suruh tak belajar baca tulisan doktor... Sepatutnya dicadangkan tambah lagi 1 subjek dekat universiti, seni tulis. Cuba diingat-ingat balik, ada jugak pensyarah yang ajar macam mana nak baca tulisan doktor. Hohohoho~ Rindu sudey pada zaman universiti...

Baiklah!!! Saya lebih bersemangat untuk 'study' tulisan doktor! yiiiaarrrkkkhhh!!!

Nota: Akak kata, tulisan saya macam budak sekolah rendah... Sebenarnya masa tu, saya dah lama xmenulis... Tu yang huruf sendeng sana sini.*cover!cover!;p*

Wednesday, May 4, 2011

Mei sudah...

Salam semua...

Mr Responsible datang lagi. Bagai memujuk hati. Tiada apa yang berubah. Cuma hati semakin sayang. Namun saya sedar tinggi rendah langit dan bumi. Kepada Allah, saya bersyukur. Semoga hidup kami diberkati...

Mengingati Mr R, hati jadi berbunga. Tiadalah nampak orang-orang yang memberi kasih dan senyuman. Hati rasa bahagia mengingati. Namun Mr R kembali sibuk. Terasa sepi......Pujuk hati...Pujuk hati...

Datang pula Sang Ahli Sihir yang jahat. Cuba memusnahkan hidup ini. Hati ini hilang sabarnya. Hilang pendomannya. Sang Ahli Sihir berjaya memerangkap saya. Hati sedih terasa pedih. Marah tiada ubatnya. Hanya kepada Allah tempat mengadu... Salah diri hilang sabar. Salah diri membiarkan api amarah marak. Salah diri mengikut kata hati yang dipengaruhi syaitan... Salah diri kerna kurang ilmu di dada. Salah diri kerna mengabaikan semua...Salah diri...Salah diri... Sedar sudah dengan salah diri. "Maafkan saya...saya kurang bijak..."Kepada Allah lah saya kembali....

Hadir, Si Comel suka menduga hati. Sedangkan hati ini rasa meluat setelah mengetahui apa yang dikatakannya... Namun terima kasih...Ada juga yang cuba menceriakan hati.

Kepada Si Baik Hati, jangan dekati diri ini. Perasaan kamu mungkin dicalar lagi...

Sahabat Baik..........

Tiada apa yang mampu terungkap. Hati kecewa lagi dengan perlakuan kamu. Tapi memang kamu bergitu. Datang yang disayangi, saya ditolak tepi. Mahu mogok, tapi serik ikutkan hati... Syaitan gembira melihat ku begini.