Nak dijadikan cerita... kerja saya membaca tulisan doktor. Sudahlah segala term medical, scale dan singkatan saya tak faham tak semua saya tahu... Memanglah berjam-jam duduk menghadap buku pesakit... Bukanlah semua doktor tulisan susah dibaca. Ada tu, tulisan alamak... terpesona. Bulat-bulat. Comel. Cuma bila baca tulisan doktor yg suka tulis calit-calit ni...hahahahaha....kesabaran yang teramatlah.... Kalau saya salah baca....salah saya la kan? Siapa suruh tak belajar baca tulisan doktor... Sepatutnya dicadangkan tambah lagi 1 subjek dekat universiti, seni tulis. Cuba diingat-ingat balik, ada jugak pensyarah yang ajar macam mana nak baca tulisan doktor. Hohohoho~ Rindu sudey pada zaman universiti...
Baiklah!!! Saya lebih bersemangat untuk 'study' tulisan doktor! yiiiaarrrkkkhhh!!!
Nota: Akak kata, tulisan saya macam budak sekolah rendah... Sebenarnya masa tu, saya dah lama xmenulis... Tu yang huruf sendeng sana sini.*cover!cover!;p*
No comments:
Post a Comment