Tajuk malam ni, senang. Baca je dalam nada sarcastic. Ini buat anak2 buah kesayangan. Sayang gile aku kt korg.
Aku tak marah(tipu)... Aku tension sket je. Sket je pon... sebab manusia tu xsempurna, kan? Tapi korg xperlulah nak cover kesalahan bertubi2 korg yg aku xlarat nak layan dengan kata2 pujangga-Manusia Tak Sempurna. Dan jangan sekali2 korg guna pulak ayat ni-Sedangkan Nabi Pun Maafkan Manusia. Fine...aku bukan Nabi ok. Bukan Malaikat. Yang Mulia Baik lagi Terpuji. AKU MANUSIA BIASA YANG TAK SEMPURNA dan aku cuba jadi sebaik manusia.
Cerita dia senang: Staff yang suka sangat MEMANDAI. Dengan ayat kasar, tak tahu tapi berlagak tahu. Akhir ayat dia, slalu berakhir dengan 'kot'. Ok la... At least orang camni, aku ble tau yg dia teka2/memandai/tak tahu tp berlagak tahu. Paling kronik... (ha... ni nak share...) org yg CONFIDENT TAPI SALAH . Pergh.... orang camni bahaya beb... lagi2 aku kerja kat hospital, DEALING WITH LIFE. Ko boleh dapat maklumat yang salah beb dr mulut dia ni. Seriously... BAHAYA. Thank God, kitaorg punya kerja tak berapa direct dengan patient. Well...some sort, actually kadang2 tu direct jugak. Senang kata, paling teruk pun, ko gado ngn wad la. MISS COMMUNICATION sebab pemberi maklumat tak berapa boleh pakai. Sorry eh... korg yg baca ni, tak payah nak touching2. Korg nk terasa, terasa sendiri, perbaiki diri. Aku baru kena tadi. Aku tanya simple, bila pesakit start ubat A? Dia ble ckp hari ni. Aku pelik ah...sebab klu dia start ubat tu, sepatutnye start petang... Aku kira2, macam xtelly ngn jumlah ubat yang ada. Aku tanya, tanya, tanya lagi, dia confius semalam dengan hari ni. Lepas dia kte dia nk confrimkan balik dengan wad, dia patah balik, cakap ngn aku, ada tulis kat kertas yg dia pegang tadi, pesakit start semalam. Tengkorak la... Ko ada je tulis. Pehal ko boleh takut sangat nak tengok balik ape yang ko tulis? Ko tengok aku, muka aku ada jawapan ke? Maklumat yang ko baru je salin beberapa minit, ko boleh smpaikan kat aku benda yang salah. Ko pegang kot ape yang tulis. Itu benda remeh je kan? Korg ble je cakap, "ala...chill r. xde pape benda teruk pun jd.". Tp tak ke benda senang dia jadikan susah. Letih weh nak layan...Ape perasaan ko bila ko ada staff, tapi staff xboleh pakai? Ko ada staff, tapi semua benda a AKU BUAT SORANG. Sakit jiwa dibuatnye.
Aku letih bukan sebab ape... Sebab dia dari pagi sampai ke petang buat aku menjerit. Tak pernah kot aku menjerit kat anak2 buah aku. Ko sangat di angkasa ok. Fokus-OUT! Bukan takat fokus ko out, attitude ko out jugak. Ko takut sangat nak cakap TAK TAHU/TAK INGAT. SEDANGKAN KO MEMANG TAK TAHU/KO MEMANG TAK INGAT. PASTU KO MEMANDAI. YANG AKU TAK TAHAN, BENDA AKU CAKAP SEMALAM, KO TAK INGATTTT?????!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ko jangan aku hentak kat dinding sampai berdarah,dah. Ape benda yang ko ingat? Nasib nama aku ko ingat.
Citer pasal ATTITUDE. Mintak maaf ok. Aku bukan nak burukkan sesiapa. Tapi aku rasa, benda ni KEMAHIRAN HIDUP/MORAL/NILAI MURNI/PENDIDIKAN AGAMA dan sebagainya. Senang kata, benda ni sangat tak perlu untuk aku ajar pd org yg dah 2 dekad hidup. Ko boleh fikir sendiri. Masa ko tadika pon ko dah belajar patuhi masa, betul? Kalau ko duty bersihkan kelas, ko kena datang awal ke lambat? So...kalau ko janji ngn org... dan melibatkan org2 dr kelas lain, ko rase...ko akan datang awal ke lambat? Nampak x? Nampak x? Korang pening eh... baca ayat aku yang tah pape. Ok, moral of story....kalau ko kije, dah janji pukul 7, datang la awal sikit. bukannya 5 minit lagi baru sampai. Jujurlah... sebenarnye aku tak puas hati sebab aku yang kene prepare semua barang. Dia datang sesuka hati on time. MACAM BOS. Setahu aku, aku yang bos. Korg nak kata aku berkira pun katalah. Tapi bagi aku, kalau ko ada member pon, ko dtg awal. Saje nak stand by. Mne tau barang tak cukup. Tolong member. Ini pagi buta tau dia buat hal. Siapa tak hangin? Perlu ke beb aku ajar sume ni? Tak perlu kot. Ko kalau kne tinggal, padan muka. Geram ni.
Bab fokus, aku malas nak sentuh la. Sebab memang ada certain orang xboleh goreng ikan, sambil potong sayur. Dia kena buat 1 kerja pada 1-1 masa. Tapi perkara yang aku dok citer panjang2 kat atas tu, ko boleh improve.
Ha... Lagi satu. Korang dibyr untuk bekerja ok? Ada certain ni mcm xpuas hati pulak aku xajar semua. Korang kan ada degree...oversea lagi. Aku tolong tunjuk korg mcm mne nak gune ilmu yang korg ada tu je. Aku xdibayar untuk ajar, A bahagi B jadi berapa ok. Aku just cakap, nk dpt jwpn ni, kena kira. Kalau korg lupa tambah-tolak semua, itu tanggungjwb korg. Kalau aku dulu mse mle2 kerja, segan kot kalau tak tahu. Memang buka buku diam2 g study. Budak2 sekarang dah pandai salahkan kitaorg xajar bila dorg xpandai tamabh-tolak. Ini contoh je ok. Tapi xmustahil ada manusia yang lupa tambah-tolak. Siapa tahu,kan? Senang kata, INI TEMPAT BEKERJA,BUKAN SEKOLAH. Memang la korg akan belajar byk mse kerja. Pandai2 la tanya. Bukan harapkan kitaorg suap.
Sekarang ni, sama ada ko nak amik iktibar ke tidak je la. Aku pun insaf. Manusia ni pelbagai. Menguji kesabaran sungguh. Kita memang tak sempurna. Tapi kita boleh berusaha ke arah itu. Aku tinggi suara kat dia pun selain dari niat marah, niat aku biar dia terjaga(fokus kurang kan?). Semoga dia ingatlah apa yang aku jeritkan. Aku tengok member aku dok cakap bebaik pun cam xjalan je. Oh ye. Dia marah pun sebenarnye xjalan. Aku baru tahu lepas aku marah2 dia. Aku berusaha ni. Ko berusaha x?
Ok. End.
P/S: Bila Orang Bercakap Dengar. Fikir Dengan Rasional. Amal Apa Yang Baik.
No comments:
Post a Comment