Search This Blog

Thursday, August 4, 2011

4 Ramadhan...Hati diketuk,minda dibuka.Alhamdulillah....

"Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan."

"Wanita solehah bukan dilihat dari kegelisahannya ditawarkan cinta sia-sia di tepi jalanan tetapi dilihat dari kegelisahannya jika mengundang insan lain tergoda."

2 ayat yang memberi inspirasi, mengetuk hati, membuka minda dan melapangkan dada. Dengan izin Allah, saya terbaca 1 artikel:Pencinta Bidadari | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sukar untuk dijelaskan, tulisan mahupun lisan. Saya bukannya manusia yang sempurna imannya. Hanya wanita yang masih terkial-kial membina iman di dalam hati dengan ilmu yang cetek. Terlalu banyak kelemahannya. Namun apa yang ditulis di atas amat berkesan di hati.


"Kenapa xde boyfriend?". Banyak alasan yang pernah saya berikan. Dari "xde org minat" ke "saya terlalu memilih kot". Jelas, memang apa-apa alasan pun saya boleh berikan. Pernah juga saya bertanya semula, "perlu ke?". Bacalah ayat di atas... Bukan cinta manusia yang saya inginkan... Hanya cinta Allah.  Tanpa cinta Allah, cinta manusia itu sia-sia.


Sujud di malam Ramadhan, hati saya diketuk lagi, minda dibuka lagi...Alhamdulillah. Saya teringat kembali apa yang dicari Saya hanya mahukan keredaan Allah dalam cinta. Cinta kepada siapa? Buat masa ini, saya tiada jawapan. Cinta saya kepada mereka, cinta saya sebagai seorang manusia kepada manusia, manusia yang berjuang hebat di jalan Allah, manusia yang selalu memberi motivasi dalam sedar ataupun tidak. Saya sayangkan mereka sebagai manusia, sahabat, saudara seagama. Semuanya kerana Allah... Bagi orang-orang yang saya sayangi, semoga kamu dalam lindungan Allah.


Redai aku ya Allah... seorang, berdua, bertiga? Apapun yang ditakdirkan, saya mohon keredaan Allah... Matlamat saya bukan di dunia, tetapi di akhirat... Saya cuba menyeimbangkan kedua-duanya. Sukar. Itulah hidup. Tiada yang senang. Ujian mengingatkan kita kepada Allah... 


Kepada sahabat handai, semoga dipertemukan apa yang diinginkan...


Salam.

Sunday, July 31, 2011

1 Ramadhan...Aku rindu...

Alhamdulillah...1 Ramadhan datang lagi. Rindu kepada-Mu menyelubungi hati ini...Allah...Syukur dengan nikmat-Mu, ya Allah...Tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta-Mu kepada hamba-Mu yang hina...

Sungguh, tak tersangka dapat merasa rindu ini lagi. Aku sesat, Tuhanku... Aku lemah, goyah, tiada hala tuju... Aku mula mencari cinta dunia. Cinta itu ada, namun tidak sama. Cinta itu ada, mencengkam jiwa. Lama-kelamaan, hidupku menjadi haru-biru. Semuanya serba tak kena. Baru kusedar ya Allah, bukan cinta mereka yang kuperlu.

Aku rindu pada Mu, ya Allah... Rindu dilamun cinta-Mu... Rindu dengan hati yang tenang. Rindu rasa diredhai.

Doaku ya Allah, semoga aku terus rindu kepada-Mu. 

Wednesday, July 27, 2011

Fate

I believe in fate
Thousand people in this world
But I choose you..

I believe in fate
No matter where i'm going
But I meet you

I believe in fate
No,it just an excuse
I like you!,this is true.

Sunday, July 24, 2011

I'm sorry...but...


it was a day that i woke with a smile
you can never understand way
thinking of you is the best feeling i ever had
yes it still the best feeling i ever had
i tought i found you finally
"we are soul-mate," i think
but you are not and you never did...

6 months i send you a song
i tought we were so strong
we both are holding on
but i was soo wrong...

then the day comes,the day you were asking
"what do you want? i never ask for anything"
i must be dreaming...i am dreaming...
i woke up and say "we never understand anything"
the day that reveals everything
the day that i lost everything...

i feel sorry to you..
you are cruel,and i'm cruel too
so i pull it back
never want this too end
but this is for you, you're happiness and all
i never ask for anything
i just want to say...
"I'm sorry...for loving you this long"

Friday, June 17, 2011

Bila 'angin taufan' datang~

Just for early reminder, apa yang aku tulis pasni memang xsesuai untuk budak2 kecik yang hatinya masih suci bersih dan orang2 yg...yeah...hati suci bersih. Direct aku cakap, aku nak mengutuk. Hati panas beb....Setan2 siap wat pertandingan sehati berdansa lagi. Suka dorg...Suka! Tapi aku nak spoil majlis tari menari dorg sket, aku xckp spe name dak tuh.

Jadi...bermulalah..!

Al-kisah tercampaknya budak lelaki ini bersama teman wanitanya (yang mereka berhempas pulas menafikan relationship dorg sedangkan aku tiap2 hari nampak dorg balik sama2) kat tempat aku. Awal2 kenal ingat best la ada member laki melayu. Ingatkan boleh jd member...tetapi sekarang, "ko jgn join kitaorg,k" n "aku xmau join korg.hidup aku hanya aku dan isteriku". Masa mula2 masuk, masa dorg xkawin lagi, masa dorg nafikan relationship dorg, lelaki ni memang macam "biasalah" melawat si perempuan ini. Ok, kalau korg kata aku skodeng dorg tiap2 hari, korg salah. Memang rumah dorg bawah rumah aku, dan kerana itu aku terpaksa menahankan diri dari melihat aksi2 manja dan romantik(nak muntah). Ok, korg mesti ingat aku jeles n aku ada hati kat budak ni. Korg salah lagi sebab memang laki ni bukan taste aku. Dari fizikal ke perangai, memang xsuka. Fine, dia lemah lembut, tapi aku xlarat ok laki lemah lembut tapi tah pape perangainya.

Ada 1 hari aku cakap, "pergh...rasa nak mencarut.." sebab aku geram gile ngan komputer. Dia kata, "ish!!ko kan pompuan,xbaik mencarut." SOOO???? BUDAK LAKI BOLEH LA MENCARUT???? DAN AKU XMENCARUT LAGI POOOONNN~~~!!! MAKIN NAK MENCARUT NGN KO BOLEH??? NO HELPING!!! Tapi cam biasalah, aku ckp dalam hati saje...Ko baik sangat la kan, mencarut pun xboleh. Tapi bab menipu, lari dari kerja, lari dari komitment kerja, ko lah no.1. Pastu tanya "nak buat apa?" kat tempat kerja? HELLOOOO!!!!!KERJA BANYAK OK. KO DUDUK JAGA KEDAI, LAYAN ORANG2 DATANG, LAYAN SOALAN2 CEPU EMAS PUN DAH CUKUP BAGUS. KO XPAYAH NAK BUAT2 RAJIN DOK BELAKANG WAT KERJA REMEH TEMEH. GI WAT KERJA KO. Org lain yg rasa xde kerja pun membusykan diri mencari kerja. Ko boleh kata ko xde kerja. Of course la, ko sharp pukul 5-BLAH TERUS. Xpernah pun nak tawar2 diri, or tny2 siapa punya turn nk tutup kedai. Kepala ko......!!!

Lagi best tadi dia ckp, "Hidup kena bijak, nanti kena pijak". Bajet best la pegangan ko tu? Sedap je aku balas balik, "Tapi xperlulah menipu kan?". Tp mamat ni macam 'whatever' sket. Aku xrasa dia bother pun dengan kata2 aku td. Pekak ke ape aku pun xtau. Dia ni kan, mengelat gila korg tau...! Kerja nak yang paling senang, paling bersih2 punya kerja. Sorry la,saya SANGAT BERKIRA. Sorry la, kalau ada pape important memang aku rasa budak lain lagi boleh diharap. Yang ko ni tah macam2 bunyik ada. Patu dah asyik mengelat, pastu kata xtau nak buat, pastu buat benda2 yg senang pun salah, ko igt org nk percaya kat ko??? Tapi ko cam biasalah, ko peduli ape kan? Yang penting ko ngn isteri ko bahagia~~ Pantang ko busy sket, semua benda ko tolak kat org lain. Pastu mulalah meracau kata xde kerja. Rasa nak sepak laju2.

Aku dah berbuih mulut citer itu ini kat member2. Tiap2 hari aku membebel. Memang xlarat bila tiap2 hari ko kerja ngn dia, tiap2 hari dia buat perangai. Hari ni dia mcm ni, esok dia mcm tu. Memang kalau mengumpat ngn member, takkan habis. Infiniti! Aku dah penat nak cerita kat member. Tambah dosa. Tulis kat sini at least aku xde bgtau nama dia. Kalau korg dpt teka tu, maksudnya korg pun rasa yang aku rasa. We are in the same boat.

Member2 kat department sume dah cop aku ni GARANG. Ooooiiiiii~~~!!!! Orang mcm tu aku bukan suka-suki nak garang ok. Aku rasa macam nak belasah pun ada. Memang jumpa dia dah xdpt nk tengok muka. Menyampah. Geram. Alergik!!!! Aku bgtau kat member2 aku, muka dia dah kena PANGKAH-X beso2. Korg sebut la psl dia, gerenti aku benggang. 

Kesimpulannya, AKU ALERGIK KO. GI MEN JEJAUH!

Sekian~

Sunday, May 15, 2011

tangan yang cacat disakiti...:(

Salam...

Semalam, saya pergi main bowling. Rasanya sudah bertahun-tahun tak main bowling. Tapi nak menjaga hati kawan-kawan, pergilah juga. Saja hang-out dengan kawan-kawan. Lagipun, boleh juga 'test' tangan. Kawan medic kata, sakit tangan ni kekal. Dah melibatkan saraf. Nak baik, silap-silap kena operation. Nak makan ubat pun belum tentu boleh baik. Berapa lama pula nak kena makan ubat?

Dipendekkan cerita...tangan rasa kebas...Dulu kelingking je...Harap-harap tak makin teruk...Rasa taubat je nak main bowling...

Hari Khamis ni ada pemilihan main bola jaring. Saja-saja nak pergi. Tak rasa pun cukup hebat nak wakil hospital. Lagi-lagi tangan tengah sakit, rasanya macam hampeh la nak main bola jaring. Last main bola jaring masa kat sekolah menengah kot. Main masa PJK. Huhuhu! Main bola keranjang lagi seronok kot. Dapat lari sana sini. Lompat pelbagai gaya pun boleh. Tapi mana ada team bola keranjang kat sini. Adapun saya tak pernah dengar la..

Ok. End sini.

-Mood rasa down sangat...-

Tuesday, May 10, 2011

Khatam 1 case presentation.:)

Salam....

Alhamdulillah....1 presentation settle. Boleh concentrate dengan Clinical pulak lepas ni. Rasa sangatlah banyak yang perlu diulangkaji semula... Kadang-kadang rasa geram. Sebab yang dah pernah baca pun boleh lupa. Geram sangat!!!!

Tapi selesai presentation rasa ringan sikit. Sebab otak pressure kot pikir banyak-banyak benda dalam 1 masa. Sekarang ni rasa pening-pening lalat. Sebab semalam xcukup tidur. Siapkan slide show punya pasal.

Rasa takut gak tiba-tiba kena soal masa kat dalam wad esok...So...kena paksa baca jugak sikit-sikit. Moga tidak kelihatan amatlah..."ko belajar ke tidak 4 tahun ni?"

Kepada si bijak pandai...Tak perlulah kalian kerek dengan apa yang anda miliki. Sesungguhnya, itu semua milik Allah yang Maha Berkuasa. Anda yang kerek xubah seperti hamba-Nya yang dilaknat! (hambik ko!). Apa yang anda buat tidaklah membanggakan, malah memalukan.

Sekian...

Pengajaran: Jangan tertawa dengan kebodohan orang lain. Ianya sama seperti menghina mereka.