17
Ramadhan-Alhamdulillah… Dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh barakah.
Alhamdulillah… bertambah lagi anak saudara. Perempuan! Khaisarah Adlyna-Pemaisuri
yang adil. Alhamdulillah… Kerja dipermudahkan dengan bantuan rakan-rakan baru
di Hospital Kluang. Syukur,ya Allah… Syukur tidak terhingga.
Suatu hari,
sahabat saya bertanya, “macam mana dapat bertahan dengan kerja sekarang? Ada
amik(makan) apa-apa ke?”. Terpana… terdiam… Tiada rahsia. Cuma kurang pasti
dengan apa yang diamalkan. Mungkin tidur seawal waktu. Benar. Tidur yang cukup.
Kebetulan kami (saya dan rakan yang menjaga-Zati) kedua-duanya masih bujang.
Tiada komitment lain di rumah. Kerja kami penat… sungguh penat. Kudrat sebagai
seorang perempuan tidak sehebat mana… Saya dan Zati tidak berkata apa-apa.
Mungkin masing-masing memahami keletihan yang dialami. Tidur selepas Magrib
sudah menjadi kebiasaan. Kemudian bangun menunaikan solat Isyak di sepertiga
malam. Saya lebih suka menunggu waktu Isyak. Maklumlah, susah bangun dari
tidur. Alhamdulillah… kami terbiasa. Alhamdulillah… saya suka bersusah-payah.
Terasa puas bekerja. Alhamdulillah, saya ada sahabat yang hebat. Kadang-kala saya
merungut juga, Zati sumber semangat.
Ada ketika
saya berasa iri hati/sakit hati/cemburu dengan rakan-rakan yang dipermudahkan
kerjanya. Alhamdulillah, al-Qur’an menenangkan hati saya.
Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia
yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain.
(Kerana) Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi
perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada
Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Surah
An-Nisa, ayat 32)
Saya percaya,
semua yang ditetapkan oleh Allah, ada hikmahnya. Allah Maha Adil. Allah Maha
Bijaksana. Allah Maha Mengatahui. Sungguh, segala ujian ada kebaikan. Berdoalah
kepada Allah, sebagaimana yang tertulis di dalam al-Qur’an, surah al-Baqarah,
ayat 284-286:
Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa
yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu
sembunyikan, nescaya Allah memperhitungankannya(tentang perbuatan itu) bagimu.
Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki.
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang
diturunkan kepadanya (Al-Qur’an) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang
beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), “Kami tidak membeza-bezakan seorang pun
dari rasul-rasul-Nya.” Dan mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat.
Ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat kami kembali.” Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat
(pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari
(kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau
bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,
ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah
kami menghadapi orang-orang kafir.”
Sungguh
Allah Maha Berkuasa. “Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi; dan
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” Surah Ali-Imran, ayat 189.
Segala yang
saya ada adalah milik Allah. Kudrat saya milik Allah. Kesabaran saya kurnia
Allah. Kita hanya manusia lemah, dipinjamkan Allah dengan segala-galanya. Susah
dan senang saya, hanya Allah yang tahu. Saya sedar, ada manusia yang lebih susah
dari saya. Dan mungkin juga kesusahan saya berpunca dari kelemahan saya
sendiri. Biar saya bersusah-payah sedikit asalkan saya tergolong dalam golongan
yang sedikit. Amin…
“Dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di
bumi dan di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) sedikit
sekali kamu bersyukur.”
(Surah al-A’raf, ayat 10)
No comments:
Post a Comment