Search This Blog

Thursday, August 4, 2011

4 Ramadhan...Hati diketuk,minda dibuka.Alhamdulillah....

"Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan."

"Wanita solehah bukan dilihat dari kegelisahannya ditawarkan cinta sia-sia di tepi jalanan tetapi dilihat dari kegelisahannya jika mengundang insan lain tergoda."

2 ayat yang memberi inspirasi, mengetuk hati, membuka minda dan melapangkan dada. Dengan izin Allah, saya terbaca 1 artikel:Pencinta Bidadari | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sukar untuk dijelaskan, tulisan mahupun lisan. Saya bukannya manusia yang sempurna imannya. Hanya wanita yang masih terkial-kial membina iman di dalam hati dengan ilmu yang cetek. Terlalu banyak kelemahannya. Namun apa yang ditulis di atas amat berkesan di hati.


"Kenapa xde boyfriend?". Banyak alasan yang pernah saya berikan. Dari "xde org minat" ke "saya terlalu memilih kot". Jelas, memang apa-apa alasan pun saya boleh berikan. Pernah juga saya bertanya semula, "perlu ke?". Bacalah ayat di atas... Bukan cinta manusia yang saya inginkan... Hanya cinta Allah.  Tanpa cinta Allah, cinta manusia itu sia-sia.


Sujud di malam Ramadhan, hati saya diketuk lagi, minda dibuka lagi...Alhamdulillah. Saya teringat kembali apa yang dicari Saya hanya mahukan keredaan Allah dalam cinta. Cinta kepada siapa? Buat masa ini, saya tiada jawapan. Cinta saya kepada mereka, cinta saya sebagai seorang manusia kepada manusia, manusia yang berjuang hebat di jalan Allah, manusia yang selalu memberi motivasi dalam sedar ataupun tidak. Saya sayangkan mereka sebagai manusia, sahabat, saudara seagama. Semuanya kerana Allah... Bagi orang-orang yang saya sayangi, semoga kamu dalam lindungan Allah.


Redai aku ya Allah... seorang, berdua, bertiga? Apapun yang ditakdirkan, saya mohon keredaan Allah... Matlamat saya bukan di dunia, tetapi di akhirat... Saya cuba menyeimbangkan kedua-duanya. Sukar. Itulah hidup. Tiada yang senang. Ujian mengingatkan kita kepada Allah... 


Kepada sahabat handai, semoga dipertemukan apa yang diinginkan...


Salam.

Sunday, July 31, 2011

1 Ramadhan...Aku rindu...

Alhamdulillah...1 Ramadhan datang lagi. Rindu kepada-Mu menyelubungi hati ini...Allah...Syukur dengan nikmat-Mu, ya Allah...Tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta-Mu kepada hamba-Mu yang hina...

Sungguh, tak tersangka dapat merasa rindu ini lagi. Aku sesat, Tuhanku... Aku lemah, goyah, tiada hala tuju... Aku mula mencari cinta dunia. Cinta itu ada, namun tidak sama. Cinta itu ada, mencengkam jiwa. Lama-kelamaan, hidupku menjadi haru-biru. Semuanya serba tak kena. Baru kusedar ya Allah, bukan cinta mereka yang kuperlu.

Aku rindu pada Mu, ya Allah... Rindu dilamun cinta-Mu... Rindu dengan hati yang tenang. Rindu rasa diredhai.

Doaku ya Allah, semoga aku terus rindu kepada-Mu. 

Wednesday, July 27, 2011

Fate

I believe in fate
Thousand people in this world
But I choose you..

I believe in fate
No matter where i'm going
But I meet you

I believe in fate
No,it just an excuse
I like you!,this is true.

Sunday, July 24, 2011

I'm sorry...but...


it was a day that i woke with a smile
you can never understand way
thinking of you is the best feeling i ever had
yes it still the best feeling i ever had
i tought i found you finally
"we are soul-mate," i think
but you are not and you never did...

6 months i send you a song
i tought we were so strong
we both are holding on
but i was soo wrong...

then the day comes,the day you were asking
"what do you want? i never ask for anything"
i must be dreaming...i am dreaming...
i woke up and say "we never understand anything"
the day that reveals everything
the day that i lost everything...

i feel sorry to you..
you are cruel,and i'm cruel too
so i pull it back
never want this too end
but this is for you, you're happiness and all
i never ask for anything
i just want to say...
"I'm sorry...for loving you this long"

Friday, June 17, 2011

Bila 'angin taufan' datang~

Just for early reminder, apa yang aku tulis pasni memang xsesuai untuk budak2 kecik yang hatinya masih suci bersih dan orang2 yg...yeah...hati suci bersih. Direct aku cakap, aku nak mengutuk. Hati panas beb....Setan2 siap wat pertandingan sehati berdansa lagi. Suka dorg...Suka! Tapi aku nak spoil majlis tari menari dorg sket, aku xckp spe name dak tuh.

Jadi...bermulalah..!

Al-kisah tercampaknya budak lelaki ini bersama teman wanitanya (yang mereka berhempas pulas menafikan relationship dorg sedangkan aku tiap2 hari nampak dorg balik sama2) kat tempat aku. Awal2 kenal ingat best la ada member laki melayu. Ingatkan boleh jd member...tetapi sekarang, "ko jgn join kitaorg,k" n "aku xmau join korg.hidup aku hanya aku dan isteriku". Masa mula2 masuk, masa dorg xkawin lagi, masa dorg nafikan relationship dorg, lelaki ni memang macam "biasalah" melawat si perempuan ini. Ok, kalau korg kata aku skodeng dorg tiap2 hari, korg salah. Memang rumah dorg bawah rumah aku, dan kerana itu aku terpaksa menahankan diri dari melihat aksi2 manja dan romantik(nak muntah). Ok, korg mesti ingat aku jeles n aku ada hati kat budak ni. Korg salah lagi sebab memang laki ni bukan taste aku. Dari fizikal ke perangai, memang xsuka. Fine, dia lemah lembut, tapi aku xlarat ok laki lemah lembut tapi tah pape perangainya.

Ada 1 hari aku cakap, "pergh...rasa nak mencarut.." sebab aku geram gile ngan komputer. Dia kata, "ish!!ko kan pompuan,xbaik mencarut." SOOO???? BUDAK LAKI BOLEH LA MENCARUT???? DAN AKU XMENCARUT LAGI POOOONNN~~~!!! MAKIN NAK MENCARUT NGN KO BOLEH??? NO HELPING!!! Tapi cam biasalah, aku ckp dalam hati saje...Ko baik sangat la kan, mencarut pun xboleh. Tapi bab menipu, lari dari kerja, lari dari komitment kerja, ko lah no.1. Pastu tanya "nak buat apa?" kat tempat kerja? HELLOOOO!!!!!KERJA BANYAK OK. KO DUDUK JAGA KEDAI, LAYAN ORANG2 DATANG, LAYAN SOALAN2 CEPU EMAS PUN DAH CUKUP BAGUS. KO XPAYAH NAK BUAT2 RAJIN DOK BELAKANG WAT KERJA REMEH TEMEH. GI WAT KERJA KO. Org lain yg rasa xde kerja pun membusykan diri mencari kerja. Ko boleh kata ko xde kerja. Of course la, ko sharp pukul 5-BLAH TERUS. Xpernah pun nak tawar2 diri, or tny2 siapa punya turn nk tutup kedai. Kepala ko......!!!

Lagi best tadi dia ckp, "Hidup kena bijak, nanti kena pijak". Bajet best la pegangan ko tu? Sedap je aku balas balik, "Tapi xperlulah menipu kan?". Tp mamat ni macam 'whatever' sket. Aku xrasa dia bother pun dengan kata2 aku td. Pekak ke ape aku pun xtau. Dia ni kan, mengelat gila korg tau...! Kerja nak yang paling senang, paling bersih2 punya kerja. Sorry la,saya SANGAT BERKIRA. Sorry la, kalau ada pape important memang aku rasa budak lain lagi boleh diharap. Yang ko ni tah macam2 bunyik ada. Patu dah asyik mengelat, pastu kata xtau nak buat, pastu buat benda2 yg senang pun salah, ko igt org nk percaya kat ko??? Tapi ko cam biasalah, ko peduli ape kan? Yang penting ko ngn isteri ko bahagia~~ Pantang ko busy sket, semua benda ko tolak kat org lain. Pastu mulalah meracau kata xde kerja. Rasa nak sepak laju2.

Aku dah berbuih mulut citer itu ini kat member2. Tiap2 hari aku membebel. Memang xlarat bila tiap2 hari ko kerja ngn dia, tiap2 hari dia buat perangai. Hari ni dia mcm ni, esok dia mcm tu. Memang kalau mengumpat ngn member, takkan habis. Infiniti! Aku dah penat nak cerita kat member. Tambah dosa. Tulis kat sini at least aku xde bgtau nama dia. Kalau korg dpt teka tu, maksudnya korg pun rasa yang aku rasa. We are in the same boat.

Member2 kat department sume dah cop aku ni GARANG. Ooooiiiiii~~~!!!! Orang mcm tu aku bukan suka-suki nak garang ok. Aku rasa macam nak belasah pun ada. Memang jumpa dia dah xdpt nk tengok muka. Menyampah. Geram. Alergik!!!! Aku bgtau kat member2 aku, muka dia dah kena PANGKAH-X beso2. Korg sebut la psl dia, gerenti aku benggang. 

Kesimpulannya, AKU ALERGIK KO. GI MEN JEJAUH!

Sekian~

Sunday, May 15, 2011

tangan yang cacat disakiti...:(

Salam...

Semalam, saya pergi main bowling. Rasanya sudah bertahun-tahun tak main bowling. Tapi nak menjaga hati kawan-kawan, pergilah juga. Saja hang-out dengan kawan-kawan. Lagipun, boleh juga 'test' tangan. Kawan medic kata, sakit tangan ni kekal. Dah melibatkan saraf. Nak baik, silap-silap kena operation. Nak makan ubat pun belum tentu boleh baik. Berapa lama pula nak kena makan ubat?

Dipendekkan cerita...tangan rasa kebas...Dulu kelingking je...Harap-harap tak makin teruk...Rasa taubat je nak main bowling...

Hari Khamis ni ada pemilihan main bola jaring. Saja-saja nak pergi. Tak rasa pun cukup hebat nak wakil hospital. Lagi-lagi tangan tengah sakit, rasanya macam hampeh la nak main bola jaring. Last main bola jaring masa kat sekolah menengah kot. Main masa PJK. Huhuhu! Main bola keranjang lagi seronok kot. Dapat lari sana sini. Lompat pelbagai gaya pun boleh. Tapi mana ada team bola keranjang kat sini. Adapun saya tak pernah dengar la..

Ok. End sini.

-Mood rasa down sangat...-

Tuesday, May 10, 2011

Khatam 1 case presentation.:)

Salam....

Alhamdulillah....1 presentation settle. Boleh concentrate dengan Clinical pulak lepas ni. Rasa sangatlah banyak yang perlu diulangkaji semula... Kadang-kadang rasa geram. Sebab yang dah pernah baca pun boleh lupa. Geram sangat!!!!

Tapi selesai presentation rasa ringan sikit. Sebab otak pressure kot pikir banyak-banyak benda dalam 1 masa. Sekarang ni rasa pening-pening lalat. Sebab semalam xcukup tidur. Siapkan slide show punya pasal.

Rasa takut gak tiba-tiba kena soal masa kat dalam wad esok...So...kena paksa baca jugak sikit-sikit. Moga tidak kelihatan amatlah..."ko belajar ke tidak 4 tahun ni?"

Kepada si bijak pandai...Tak perlulah kalian kerek dengan apa yang anda miliki. Sesungguhnya, itu semua milik Allah yang Maha Berkuasa. Anda yang kerek xubah seperti hamba-Nya yang dilaknat! (hambik ko!). Apa yang anda buat tidaklah membanggakan, malah memalukan.

Sekian...

Pengajaran: Jangan tertawa dengan kebodohan orang lain. Ianya sama seperti menghina mereka.

Monday, May 9, 2011

almariku roboh....T_T

salam...

balik-balik je dari hospital tadi, aku tengok almari aku dah sujud menyembah bumi...sadisnye...dah la almari kain je kot. dulu mule2 nak cantm almari ni, punyalah bersusah-payah. dah siap...dia koyak sikit. aku tarik kuat sangat, dia rabak. seriously aku xtau la almari ni punyalah fragile~~(tetiba teringatkan seseorang...XD). rodok sket je kot ngan hanger, dah berlubang. lepas tumbang ni...Masya-Allah...kalau dapat amik gambar memang aku dah amik! kesian!!!

tapi 6 bulan lagi je wey...he-ei!!! 4 bulan setengah je lagi je tinggal la..!!!hola~hola~hooo!!! so! perlu ke aku beli almari baru??? xyah! memang nak kedekut~!ngahahahha~!

Thursday, May 5, 2011

tulisan ko...besar kecik besar kecik je aku tengok der!!!!

Nak dijadikan cerita... kerja saya membaca tulisan doktor. Sudahlah segala term medical, scale dan singkatan saya tak faham  tak semua saya tahu... Memanglah berjam-jam duduk menghadap buku pesakit... Bukanlah semua doktor tulisan susah dibaca. Ada tu, tulisan alamak... terpesona. Bulat-bulat. Comel. Cuma bila baca tulisan doktor yg suka tulis calit-calit ni...hahahahaha....kesabaran yang teramatlah.... Kalau saya salah baca....salah saya la kan? Siapa suruh tak belajar baca tulisan doktor... Sepatutnya dicadangkan tambah lagi 1 subjek dekat universiti, seni tulis. Cuba diingat-ingat balik, ada jugak pensyarah yang ajar macam mana nak baca tulisan doktor. Hohohoho~ Rindu sudey pada zaman universiti...

Baiklah!!! Saya lebih bersemangat untuk 'study' tulisan doktor! yiiiaarrrkkkhhh!!!

Nota: Akak kata, tulisan saya macam budak sekolah rendah... Sebenarnya masa tu, saya dah lama xmenulis... Tu yang huruf sendeng sana sini.*cover!cover!;p*

Wednesday, May 4, 2011

Mei sudah...

Salam semua...

Mr Responsible datang lagi. Bagai memujuk hati. Tiada apa yang berubah. Cuma hati semakin sayang. Namun saya sedar tinggi rendah langit dan bumi. Kepada Allah, saya bersyukur. Semoga hidup kami diberkati...

Mengingati Mr R, hati jadi berbunga. Tiadalah nampak orang-orang yang memberi kasih dan senyuman. Hati rasa bahagia mengingati. Namun Mr R kembali sibuk. Terasa sepi......Pujuk hati...Pujuk hati...

Datang pula Sang Ahli Sihir yang jahat. Cuba memusnahkan hidup ini. Hati ini hilang sabarnya. Hilang pendomannya. Sang Ahli Sihir berjaya memerangkap saya. Hati sedih terasa pedih. Marah tiada ubatnya. Hanya kepada Allah tempat mengadu... Salah diri hilang sabar. Salah diri membiarkan api amarah marak. Salah diri mengikut kata hati yang dipengaruhi syaitan... Salah diri kerna kurang ilmu di dada. Salah diri kerna mengabaikan semua...Salah diri...Salah diri... Sedar sudah dengan salah diri. "Maafkan saya...saya kurang bijak..."Kepada Allah lah saya kembali....

Hadir, Si Comel suka menduga hati. Sedangkan hati ini rasa meluat setelah mengetahui apa yang dikatakannya... Namun terima kasih...Ada juga yang cuba menceriakan hati.

Kepada Si Baik Hati, jangan dekati diri ini. Perasaan kamu mungkin dicalar lagi...

Sahabat Baik..........

Tiada apa yang mampu terungkap. Hati kecewa lagi dengan perlakuan kamu. Tapi memang kamu bergitu. Datang yang disayangi, saya ditolak tepi. Mahu mogok, tapi serik ikutkan hati... Syaitan gembira melihat ku begini.

Sunday, April 10, 2011

Hidup dan Mati...

Kenapa saya hidup…? Kemudian dimatikan…?

Saya masih ingat lagi…semasa saya kecil,saya selalu menangis. Ada satu hari saya bersama keluarga pergi ke pasar, saya hanya menunggu di dalam van. Semasa saya berkhayal, tiba2 saya terfikir, “Apa terjadi selepas mati…?” kebuntuan…saya menangis mencari jawapan…Masya-Allah…ketika itu saya langsung tidak tahu bagaimana mahu utarakan soalan2 sebegini... “apakah hidup ini??”. Anda semua tentu tidak percaya jika saya katakana soalan2 begini bermain di minda saya ketika saya belum lagi bersekolah… Keluarga selalu menyangka saya ‘mengada-ngada’. Benar, saya anak bongsu. Bukanlah saya katakana semua tangisan saya hanya mahu menarik orang. Tetapi kadang-kala ‘perasaan’ itu datang.

Sedang saya berkhayal tentang kartun yang pernah saya saksikan, hati saya terdetik,”kan best jd kartun,tak 
mati…” Lantas saya menangis. Takut sungguh saya tentang mati. Mungkin saya takut keseorangan. Ya… ianya berlanjutan sehingga zaman awal persekolahan… Alhamdulillah…soalan sebegini tiada lagi bermain di minda… Mungkin kerana sudah tahu jawapannya… Alhamdulillah juga… Allah kurniakan minda sebegini rupa, supaya saya berusaha mencari kebenaran… Syukur ya Allah…syukur…

Saya selalu tertanya-tanya, pernahkah anda terfikirkan soalan yang sama…? Jika ‘ya’, apa yang anda lakukan? Pernah saya bertanya kepada rakan saya tentang agamanya. Saya agak terkejut… kerana dia turut tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan tentang agama yang dianutinya… Berapa Tuhannya…? Dewanya…? Katanya, “Tidak pentinglah semua itu, yang penting buat baik”. Benarkah rakan2? Setiap agama mengakui agama merekalah yang benar. Pernahkah kita mengambil inisiatif mencari, memastikan kesahihan agama itu…? Namun, ada yang berasa takut untuk mencari kebenaran… Saya tidak pasti mengapa… Adakah disebabkan dengan mencari kebenaran, anda dikira sebagai musuh agama anda anuti sekarang…? Tetapi ada juga yang takut kerana takut kepentingan duniawi hilang.

Maafkan saya jika tutur bicara ini menyakitkan hati rakan2. Saya sayangkan anda semua. Teramat sayang. Sehinggakan air mata ini gugur teringatkan kalian. Saya amat berharap rakan2 dapat berusaha mencari makna hidup ini. Apa matlamat kita? Apa janji kita kepada PENCIPTA…? Tahukan kalian? Tahukah? Carilah jawapan sementara diberi peluang. Lupakan dunia seketika… kerana hidup ini sementara.

Salam sayang, salam sejahtera.  

Friday, April 8, 2011

Doa buat sahabat...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Ya Allah… pertemuan ini memang takdir-Mu. Perasaan ini…Masya-Allah…aku tidak dapat menipu. Ampuni aku ya Allah… bila aku menafikannya… Sesungguhnya, Engkaulah Maha Mengetahui segala isi hati ini. Semua kerungsingan… bisikan hati… godaan syaitan… Ya Allah…tiadalah yang lain aku bermohon… Teguhkan aku ya Allah dengan pegangan iman yang mantap. Kurniaan-Mu indah. Aku bersyukur ya Allah.

Selamatkanlah mereka ya Allah… manusia-manusia yang hidup dalam kegelapan… Kasihani mereka ya Allah… Berikanlah mereka sedikit cahaya pencetus. Jangan biarkan mereka hidup terus hanyut di dunia sementara ini ya Allah…

Ya Allah… Air mata ini mengalir melihat jahilnya mereka… Hati ini tersentuh dengan setiap perlakuan mereka… Aku sayangkan mereka, sahabat-sahabatku…

Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah…selesai proposal tadi. Alhamdulillah…segala-galanya berjalan lancar. Alhamdulillah…mak,abah dan uda selamat sampai rumah. Alhamdulillah…ada orang sayang… Alhamdulillah…ada orang ingat kita… Alhamdulillah…orang yang kita sayang bahagia… Alhamdulillah…saya orang Islam… Alhamdulillah…malam ini saya banyak terkenang nikmat Tuhan… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…
Rasa cukup. Rasa puas. Rasa lapang hati. Rasa tenang. Tapi saya tak akan berhenti meminta, berdoa…
Ya Allah… semoga orang yang saya sayangi dilindungi… semoga dia sentiasa bahagia… Berikanlah Nur kepada dia. Semoga hari-harinya dilindungi. Semoga hatinya terbuka.
Ya Allah… Bimbinglah aku ke jalan yang lurus. Aku memohon petunjuk dan perlindungan dari-Mu, Tuhan Maha Berkuasa. Ya Tuhan, matikanlah aku dalam iman… Bahagiakanlah hidupku di dunia dan di akhirat… Permudahkan tugasan ku, Ya Allah… Ya Allah, pertemukan aku dengan jodoh yang baik… Ya Allah, selamatkan kami sekeluarga. Selamatkan umat Islam..
Amin…

Thursday, March 24, 2011

Bila budak kecik solat berjemaah....



Saya baru saja nak tidur, dan bila saya buka hp untuk mmbc msg,ini yang saya terima. Kiriman dari kakak saya yang berada di rumah. Satu muhasabah yang baik sebelum saya tidur. Terharu dan insaf. Allah hu Akbar... Hati-hati mereka yang suci terserlah. Mereka hanyalah budak biasa. Nakal dan ligat. Sering saja menaikkan kemarahan saya. 


Cukupkah solat kita hari ini?
Sempurnakah solat kita hari ini?


Tidak perlulah persoalkan terima atau tidak solat mereka...Sememangnya mereka masih kecil dan jahil... Kita yang dewasa, matang, dan tahu membezakan baik buruk...Diterima Allah kah semua amalan2  kita..? Berapa banyak dosa yang kita lakukan dalam sedar atau tidak...Nauzubillah... Semoga kita dipelihara oleh Allah sehingga hari kiamat...

Monday, March 21, 2011

pukul 1 pagi...saya berasa kesal...

Malam-malam begini, senangnya hati bila tahu berita dan khabar gembira rakan-rakan dan keluarga… Malangnya, kata-kata kesat yang terjumpa. Sakitnya hati… Bencinya dengan kata-kata yang kurang sopan. Malunya diri bila tahu orang itu ada kaitan… Terganggu emosi. Ingin sekali tidur dengan senyuman. Ingin sekali sampaikan selamat malam dengan hati yang ceria.

Apa rasanya bila keluarga sendiri yang melakukan perkara yang tidak disenangi? Bukannya saya kisah dengan kata-kata makcik jiran belakang, Bedah mahupun Joyah. Cuma kadang-kala, kata-kata begini amatlah merosakkan mood seseorang. Bukannya saya tak tahu bertapa ramainya kawan-kawan saya yang meng’hide’ rakan yang suka menggunakan perkataan kesat. Mungkin sekali, bolehlah. Walaupun terkejut, tapi saya anggaplah dia bergurau… Tapi dah kalau setiap masa, pagi,  petang, siang, malam, boleh naik kematu mata.

Jadi, sedarnya saya malam ini dan sebagai muhasabah sebelum saya mengakhiri hari ini, saya cuba tidak menggunakan perkataan-perkataan kesat. Macam mana sebut pun, perkataan itu tetap sangat tidak senang didengar.

Untuk diri saya dan rakan-rakan semua, jauhilah maksiat mulut… Mengumpat, mengeji, mengutuk dan sebagainya. Siapalah kita untuk menghina ciptaan Allah. Berdosa!

Friday, February 25, 2011

Jatuh dan Bangun...

Jika saya jatuh, saya bangun. Jika ada orang ketawa, saya senyum. Mungkin saya cara saya jatuh terlalu buruk. Saya bukannya cantik sentiasa... Saya akan berasa malu. Tak apa...bukannya saya suka-suka nak main jatuh-jatuh...bukannya saya sengaja memalukan diri sendiri. Tapi lepas ini, saya akan ingat. Saya akan berhati-hati. Takut jatuh dengan buruk sekali lagi...Saya tak mahu memalukan diri sendiri.

Jika saya jatuh dan berdarah. Saya menangis. Saya menangis kesakitan. Tapi tak apa...lama-lama sakit itu akan hilang. Cuma ada parutnya. Mungkin dah tak cantik... Tak apa...tambah lagi satu kenangan. Kadang-kadang sakitnya datang lagi. Saya hanya dapat bersabar... "Allah...Allah...Allah..." Sakit...itu nikmat bukan? Satu perasaan yang Allah ciptakan. Cuba bayangkan manusia yang tidak tahu merasa sakit... Kasihannya dia... Mungkin tiada sakit, saya jarang ingat kepada Allah... Alhamdulillah...saya sakit. Saya ingat Allah... Allah sayangkan saya, bukan? Kalau tidak, masakan dia berikan kesakitan ini. Allah...Allah...Allah...saya rela sakit jika itu satu-satunya cara saya boleh sentiasa ingat Allah...

Jika saya jatuh ke dalam lubang yang dalam, saya minta tolong. Siapa yang akan tolong? Saya tak tahu. Saya tak nampak orang di luar. Mungkin saya perlu tunggu...tunggu pertolongan dari Allah... siapalah yang bakal menyelamatkan saya? Tapi yang lebih penting...adakah orang di luar yang mahu menyelamatkan saya? Saya tidak mahu tunggu saja...saya akan cuba panjat sendiri. Tapi manusia itu lemah, perlukan bantuan... Jika tiada siapa yang sudi, tak apa... saya ada Allah... saya reda dengan takdir Allah... Bagi saya, Allah segala-galanya...

Istimewa buat sahabat

Enforcement owh enforcement…

Assalammualaikum….

Tamat minggu pertama enforcement….aku rasa….CEPATLAH HABIS!!!!!!!!!

Sehari sebelum mula attachment, aku datang JB. Selamat 1 cover rim aku hilang dek aku bawa TERSANGAT LAJU dan lantas termasuk LUBANG YANG AMAT DALAM! Pehal ko lubang?? Merata-rata ada. Belum pape mood aku dah spoil. Sangat …..HHHIIIEEEE!!!! Geram! Tension! Salah siapa? Salah aku la!! Tak kan salah lubang tu! Tak kan salah orang yang gali lubang tu. Sememangnya kalau ada lubang kat situ hanya orang tak betul saje yang gali. Nasib baik la ada pakcik Dayah yang BAIK HATI nak tengok-tengokkan tayar aku. Siap tukarkan lagi. Hhuuuu~~~ Terima kasih sangat. Orang macam saya tak mampu nak upah bodyguard. Kena la minta tolong orang lain…

Petang pakcik Dayah tunjuk jalan ke MSC Cyberport. Bagus…baru ada orang nasihat kat aku, jalan-jalan yang bakal dilalui bukan sekadar berliku-liku, malah berlekuk-lekuk. Kalau la ada MCQ soalan BM darjah 6 la kan…dia soal “JALAN BERLIKU-LIKU” atau “JALAN BERLEKUK-LEKUK”, aku jawab dua-dua betul. Tak percaya cuba bawa kereta kat JB. No offence ok. Fakta. Sebab kat JB banyak lori lalu-lalang. Bawa barang dari import dan eksport. Memang jalan rosak la kalau gitu.

Okey! Sambung lagi… Bila petang, balik enforcement…huih…!xpernah2 aku rindu Muar, tiba-tiba aku rasa nak balik Muar! Rindu mengalahkan rindu aku dengan Batu Pahat. (Tapi still Batu Pahat tetap di hati. Tempat yang paling kucintai~Muah!). Tah mimpi ape tah. Aku tak faham.

Kerja kat enforcement seronok sebenarnya. Duduk dalam ofis, boleh pakai cantik-cantik, pakai kasut tinggi. Ha…sebut pasal pakai cantik-cantik tapi duduk ofis ni…aku pernah la kena, member tegur, “pakai cantik-cantik tapi duduk bilik.” Dia tambah ‘hekele~’ lagi kat depan ayat tu. Kurang asam sungguh. Aku jawab la, “aku pakai cantik-cantik bukan nak tunjuk-tunjuk kat orang lain pun”. Dia tak response pape pun bila aku jawab gitu…memanglah…sebab aku jawab dalam hati je. Depan dia aku bagi senyuman komersial yang aku buat tiap-tiap hari kat FKP depan pt. Sangat hipokrit ok. Tak cukup satu…hari yang sama, ada pakcik tegur. Dia tegur konon la berkalis. Saya faham pakcik. (Nota: ubah kata penganti diri pertama (ßkelas BM ke apa??!!) jadi ‘saya’ ek…sebab cam tak sedap bunyinya bila letak ‘aku’). Abah saya suka guna bahasa kias ni. Takat kiasan pakcik tu…tak menjadi pun. Dia cakap ape?? Dia borak depan aku dengan member dia, dengan suara yang lantang dia kata, “tulah orang ni kadang-kadang silap. Kat tempat kerja dia pakai cantik-cantik, tapi depan suami dia tak pakai cantik-cantik pun”. Saya fahamlah, pakcik nak menyindir saya kan? Dengan selambanya aku jawab, “pehal la pakcik ni…” sekali lagi…aku cakap dalam hati… Orang tua beb!!! Ko nak melawan cakap diaorang ke? Aku tak nak masuk neraka!!!X8. Tapi betul la…kali ni aku tak buat muka pun. Sebab aku respect pakcik ni macam aku respect abah aku. Dia cakap pun benda yang betul. So…kan? Buat apa nak berhias depan-depan orang lain? Diaorang prejudis! Diaorang tak suka! Dan aku jadi prejudis sebab mereka prejudis!(merepek…) So…sebab aku suka melawa (bila ada mood), mestilah aku pilih melawa masa jarang jumpa orang. Tak ada orang tengoklah bagus! Tak ada fitnah. Lagi, aku tau bukan dapat pahala pun kalau berhias bagai…unless suami satu pejabat la. Tapi kalau suami satu pejabat, kasi ke dia kita nak berhias lebih-lebih? Jeng-jeng! Aku belum kawin, aku tak tahu.  XD

Jauh gila aku melencong….sambung lagi…kat enforcement, kalau rasa puas duduk ofis, boleh la buat operasi. Pergi tengok-tengok stor ubat orang, kedai orang. Banyak berjalan la…tapi aku tak suka. Leceh la kena drive!! Lagipun, aku rasa aku tak suka sebab aku tak familiar dengan JB ni. Tak kenal, maka tak cinta. Mana taknya!! Belum pape cover rim aku dah terpelanting. Berangin je tiap kali ingat pasal cover rim ni…

Ape lagi? Lagi ape??? Itu saja…

Akhir kata…saya minta maaf kalau saya ada menyinggul hati sesiapa… Saya hanya melepaskan apa yang terbuku di dalam hati. Kalau saya simpan, lagi dahsyat jadinya… Seminggu lagi saya perlu tinggal di JB. Semoga Allah permudahkan perjalanan saya…Amin… 

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina meh~

Assalammualaikum...


Selamat Tahun Arnab semua~Semoga 'arnab2' bertambah comel tahun demi tahun. Ya...macam dah lama sangat tinggal blog ni, rse cam xbest pulak.. kalau upload xberjaya, confirm terus tidur pasni. hahhahahh~


Tahun Baru Cina tahun ni bermakna sangat sebab saya kerja. Kali pertama sambut 'raya' masa kerja. Aidilfitri hari tu, belum kerja lagi. Aidiladha dah kerja, tapi dapat cuti. Kali ni, TAK BOLEH CUTI. Tadi pun macam orang gila wat kerja. Saya tak gila la. Tapi kesian tengok kawan2 saya yang kena ke hulu ke hilir buat kaunselling. Semua nurse dan doktor menggelabah sebab takut tak ada orang kaunselling cuti nanti. Tapi saya kena duduk jaga 'kedai'. Saya rasa bersalah kalau tinggal kedai gitu je. Walaupun ada bos yang ganti jaga, tapi saya rasa saya sekurang-kurangnya kena ada kat situ intik mewakili kawan2 saya yang superbusy(macam Franky la pulak "SUUUPPPEEERRR CCCOOOLLLLAAA"). Senang kata, ini kali pertama cuti umum(kedua terbesar selepas Raya Aidilfitri kat Malaysia) saya kena kerja. Esok saya kena kerja 8 pagi-9.30 malam. Memang kerja gila. Sengaja satukan 2 shift jadi 1. sebab hari Jumaat saya MESTI ADA kat rumah. 'Ada orang mahu datang'. Tapi bukan sebab saya(malangnya...), tapi kakak saya. Insya-Allah, kakak tersayang sedang merancang untuk ke fasa hidup yang seterusnya. Alhamdulillah...semoga bertambah murah rezeki. Mungkin sebab ini la Tahun Baru Cina kali ini bertambah-tambah lagi meriah. Keluarga saya berkumpul. saudara saya insya-Allah bertambah ramai. Nak lagi?? Kawan saya juga akan diijabkabulkan. Saya tak pasti bila, tapi walimatulurusnya hari Sabtu ni. Haha! Mungkin saya orang yang senang bergembira dengan kegembiraan orang lain. Saya bahagia tengok orang lain bahagia. Terima kasih yang teramat kawan2 kerana sudi berkongsi kegembiraan dengan saya. Love you all lebih la!
chuuu~<3


Insya-Allah, ada peluang saya akan upload gambar. 


  

Tuesday, January 25, 2011

Susah dan senang.

"Ya Allah...selamatkan kami..."

Doa saya kepada semua.
Doa jika kita susah, Allah akan permudahkan.
Doa jika kita senang, Allah ingatkan kita.

Tak susah nak faham doa ini bila kita susah. Terang-terangan kita memerlukan bantuan dari Allah. Tapi ada juga orang yang tak nampak relevantnya. Betul. Bila kita susah, kita minta tolong pada orang lainlah. Ada orang tak perasan, orang yang membantu kita itu 'diberi' oleh Allah. Takdir Allah. Kuasa Allah. Sebab itu, kalau ada orang nak tolong, cepat-cepatlah katakan "Alhamdulillah...". Perbiasakan...insya-Allah, kita akan jadi orang yang bersyukur. Bukankah orang yang selalu bersyukur itu orang yang disayangi oleh Allah? Tak mahukah jadi orang yang disayangi itu? :). 

Pernahkan terjadi, bila kita dalam kesusahan, tak ada orang nak hulurkan bantuan. Rasa sedih sangat. Berserabut kepala. Apa nak buat?! Kalau ditimpa masalah, sebaik-baiknya kita bertenang dahulu. Ingatlah Allah. Muhasabah diri. Kenapa susah? Kenapa tiada rezeki? Selepas tenang, barulah cari jalan penyelesaian. Solatlah, doalah. Minta petunjuk. Tapi janganlah duduk sahaja atas sejadah, tapi tak berusaha. Allah tak suka orang yang malas berusaha dan suka berserah kepada takdir semata-mata. Saya tahu, cakap senang. Saya pun manusia biasa. Tak lari dari kesalahan. Semoga nota ini membantu saya juga pada masa akan datang. Untuk titipan waktu saya susah.

Ingatlah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Adil. Kita saja yang selalu berlaku kejam kepada diri sendiri. Hidup ini memang satu ujian. Susah senang pun ujian. Kenapa senang pun saya boleh kata ujian? Berapa ramai orang yang ingat Allah pada masa senang? Sedikit... Saya ada terbaca cerita pada zaman Rasulullah...maaflah saya lupa khalifah yang mana. Tapi secara ringkasnya, khalifah ini terdengar doa seorang lelaki di depan ka'abah supaya dia menjadi golongan yang sedikit. Golongan sedikit yang dimaksudkan ialah orang-orang yang bersyukur semasa senang. Maaf jika saya tersalah cerita. Sudi-sudilah perbetulkannya. Kesimpulannya, ingatlah Allah ketika kita senang...Jangan ingat bila kita senang, tiada ujian.

Saya pun mahu menjadi orang yang sedikit. Ingat Allah semasa senang. Doakan saya juga, kawan-kawan. Salam.^^.

Saturday, January 22, 2011

pukul 2 pagi...saya cerita pasal kerja saya...

salam...pukul 2 pagi. xboleh tido. sebab malam semalam berjaga,siang baru tido. padan muka.
nak cite ape...?

mungkin masih xbiasa nak tulis blog. kena fikir masak2 apa yang nak tulis. salah tulis, takut menyinggung perasaan orang lain pula. dulu, kalau rasa nak tulis, tulis je. tapi lepas baru2 kerja ni, barulah belajar kawal percakapan. pengajaran yang masih lagi saya kena belajar, cari alasan tanpa menunjukkan kesalahan/kelemahan diri sendiri atau orang lain. susah...tapi saya akan berusaha.yeah!!!ganbate!!!

kerja ngan gomen ni, banyak sangat pengajaran. antara sebab saya suka kerja saya. kena kawal segala2nya. kadang2 kena berlakon la. penat pun kena senyum. rasanya sekarang ni, pandai dah ksi senyuman komersial. hahahaha~. kena pandai pujuk hati orang. uiiii...kalau dulu,jangan harap. L.A.N.T.A.K.O. kira skg kena belajar bodek la. xsuka bodek. tapi terpaksa sebab nak jaga periuk nasi. skali ada orang wat laporan, mati!!! tapi sebab saya panas baran berangin, bila tiba masa benggang tu, benggang jugaklah. saya tegur je orang2 tu. lepas tu bagi senyuman komersial. 

masa mula2 kerja, masa tu xreti bagi senyuman komersial lg, cakap la kat pakcik ni. sebab geram dan malas nak layan, cakap pn acuh tak acuh. pakcik tu xreti sabar. geramlah. kita nak tolong dia, dia xhargai langsung. sekali pakcik tu sindir balik. dem...! ni...contoh xbek la. jangan ikut. sejak hari tu, belajar tunjuk caring lebey sket kat orang. konon tunjuk sayang la. kadang2 tu berbulu je. hohoho~ sangat tidak ikhlas. tapi better la ada elemen2 senyum ngan sayang ni. sedap sket kot mata orang2 ni tengok.

erm....kalau nak dibandingkan dengan kawan2, setakat ni kerja saya belum adventure. sebab belum masuk kat 'kem pihak musuh'. baru perang kat medan perang. lagi banyak cerita kat sana. penyeksaan. cerita menyayat hati. akhir bulan april nanti, saya dok kat kem dorang.paling best, cara comander sendiri training kitaorang...fuh~! menakutkan! haha! mesti korang xfaham kan? xpe. lama2 korang tau la saya kerja apa.

oklah...sebab mata pun dah mengantuk, saya tidur dulu. goodnight~

Wednesday, January 19, 2011

Saya sedang baca....

Salam semua!yyyeeyy!!!blog pertama. sebenarnya...lama gak nak fikir tajuk untuk blog pertama. tapi sebab dah malas nak buang masa fikir tajuk, saya amik je la sempena buku yang saya tengah baca.

ok...sekarang ni cerita Vampire memang popular kan? Twilight, Vampire diaries, House of night,etc...etc...
tipulah saya xminat dengan Vamps.minat.misterious bagai.sampai satu tahap,sampai game Vampire pun saya addicted main.tapi tu setahun lepas la.mungkin jugak saya cepat bosan.thus...saya beli buku lain.konon lainlah.tapi genre still slightly same ok.kiranya, untuk sesiapa yang rasa bosan dengan Vamps, nak cari benda lain,tapi still minat ciri2 misteri, goth, dark , romantic story, sila baca buku ini. 

Fallen by Lauren Kate. Fallen buku pertama. buku kedua, Torment.  Instead of Vamps, cerita ni pasal Angel....it's a bit religious(of course). buat2 faham sudah,ok. Torment dah ada kat pasaran rasanya...erm....saya baru separuh jalan baca buku ni. enjoy it very much. tapi saya ni ada tabiat pelik sikit. sayang nak habiskan baca buku. sebab lepas habis, boring la...xtau nak buat apa. buku Breaking Down(Twilight series) pn saya simpan...baca skit2. hhhuuuu~~cam sedey plak citer tu nak end.

ok. end of my first blog.^~^